Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

*NOTIS MAKLUMAN*
 
Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa tarikh tutup penyertaan untuk pertandingan PEREKA, NexGen Ventures, STEMQuest Ignite, dan LAGUCipTa 1.0 dalam EXCOCIPTA 2024 telah dilanjutkan sehingga *15 Julai 2024*.
 
✨👨‍💻Daftar SEKARANG!
(i) Pertandingan Rekacipta (PEREKA): https://lrbs.ums.edu.my/pereka/index.php
 
 
 
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://excocipta.ums.edu.my

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Radiologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

 

Sabah First Musculoskeletal Imaging Conference (SFMIC) 2024 Flyer
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Jabatan Radiologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah ingin menjemput anda menyertai kursus seperti ketetapan berikut:
 
Kursus        : Sabah First Musculoskeletal Imaging Conference (SFMIC) 2024
Tarikh       : 12 dan 13 Julai 2024 (Jumaat dan Sabtu)
Lokasi      : Hotel Le Méridien, Kota Kinabalu Sabah
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang yang disediakan.
 
 
 
Package B: FULLY BOOKED
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

🌟 Jom Temui Potensi Hebat Anda! 🌟

 
Bayangkan setiap pagi bangun dengan semangat gila-gila, tahu apa kelebihan anda dan macam mana nak guna dengan power. Bayangkan anda yakin dalam kerjaya, buat keputusan mantap, dan jadi inspirasi kepada orang sekeliling. Best kan?
 
Inilah kisah Aisha. Beberapa bulan lalu, Aisha rasa stuck, tak tahu kelebihan diri dia dan macam mana nak maju. Dia buat keputusan berani dan join Bengkel Personaliti yang dikendalikan oleh Nurul Fatiha, Jurulatih Personaliti yang berpengalaman hampir 12 tahun mengendalikan sesi kaunseling dan konsultasi kerjaya.
 
🗓 20 Julai 2024 (Sabtu)
🕙 10 pagi - 4 petang  
📍 Kota Kinabalu, Sabah
 
Dalam bengkel tu, Aisha jumpa bakat tersembunyi dia dan belajar cara nak manfaatkannya. Dia berkenalan dengan ramai orang yang sekepala, kongsi pengalaman, dan dapat tips power. Lepas bengkel, Aisha jadi lebih yakin dan ada plan lebih jelas untuk majukan kerjaya dia.
 
Dan yang best? Anda pun boleh jadi macam Aisha!
 
### Kenapa Anda Wajib Join Bengkel Ini:
- Boost Kerjaya Anda: Temui kekuatan yang akan dorong kejayaan anda.
- Kenali Diri Anda: Fahami apa yang buat anda unik dan macam mana nak guna dengan power.
- Empowerment: Keluar dari bengkel dengan keyakinan tinggi untuk hadapi apa saja cabaran.
- Networking: Kenal ramai kawan baru yang hebat-hebat.
 
### Tawaran Gila-Gila:
🚀 Cuma RM69 (Harga Asal: RM299)  
🥗 Termasuk: Lunch, Buku Kerja, dan Sijil
 
### Kenapa Penting Kenal Kekuatan Anda:
- Kejelasan: Kenal pasti matlamat anda dan langkah untuk capai.
- Fokus: Tumpu pada apa yang anda hebat untuk hasil terbaik.
- Pertumbuhan: Sentiasa upgrade dan asah kemahiran anda untuk terus berjaya.
 
Seperti Aisha, anda pun ada potensi untuk ubah hidup dan kerjaya anda. Jangan lepaskan peluang ni. Sertai kami pada 20 Julai di Kota Kinabalu, Sabah, dan mulakan langkah pertama untuk jadi versi terbaik diri anda.
 
👉 Daftar Sekarang (https://chat.whatsapp.com/DseGfYVlpMEDbO9KMDxfea) dan Bebaskan Potensi Anda!
 

❗️ Tarikh tutup pendaftaran: 19 Julai 2024

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
 
 
🔉🔊 Konvensyen Kumpulan Penggerak Inovasi (KKPI) datang lagi!! 
 

Selaras dengan UMS-KRA6 bagi Inisiatif Strategik: Menggalakkan Inovasi berterusan dalam Sistem Penyampaian, setiap JAFPIB diwajibkan untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) projek inovasi masing-masing.

Sehubungan itu, pihak Sekretariat ingin mempelawa YBhg Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghantar penyertaan kumpulan projek sempena KKPI UMS tahun 2024 yang akan diadakan pada 5-6 November 2024. Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut;
  1. Team Excellence (terbuka kepada kumpulan projek yang berusia dua (2) tahun ke atas dan pernah menyertai konvensyen luar peringkat kebangsaan/antarabangsa
  2. KIK Horizon Baharu
  3. Pengurusan Lean
  4. Poster Projek Inovasi (Format Pelaporan A3)

Mohon untuk mewar-warkan kepada staf di bawah seliaan masing-masing.

 

BUKU PANDUAN KKPI


Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Farazillah Amin | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.