Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT
 
Tuan/puan,
 
Pusat Islam UMS mengalu-alukan kepada kakitangan UMS yang telah mengalami musibah akibat bencana banjir kilat untuk mengemukakan permohonan bantuan bencana banjir melalui borang permohonan berikut;
 
📌 Borang permohonan bantuan bencana banjir;
 
 
📌Tarikh tutup permohonan: 5 Julai 2024 (Jumaat)
 
Sebarang Persoalan Sila hubungi:
 
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
En. Hilmi (https://wa.me/60143919821)
 
#Bantuanprihatinbanjir
#Bantuankecemasanbanjir
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 
Dimaklumkan bahawa, Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami.
 
Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan JHEP melalui pautan https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=10&key=HEP atau mengimbas kod QR yang tertera di dalam poster di atas. 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan masa mengisi borang kajian ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Kejuruteraan

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
Y.Bhg Datuk / Prof. /Dr. / Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan fakulti dari semasa ke semasa.
 
Sehubungan itu, mohon jasa baik Y.Bhg. Datuk / Prof. / Dr. / Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah :
 
1. Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Kejuruteraan: 
 
2. QR Kod Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Kejuruteraan, UMS 
 
Terima kasih berurusan dengan pihak FKJ dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH)

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah menjemput YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Eksekutif Halal Siri 3/2024 dan butirannya seperti berikut:
 
Tarikh: 2 - 11 September 2024 
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang 
Tempoh: 10 hari termasuk Sabtu dan Ahad
Lokasi: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Yuran: RM3,500/peserta
 
Untuk makluman, kursus ini merupakan kursus profesional dan sijil dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Bagi yang berminat, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan  boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Eksekutif Halal Siri 3/2024: 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Penerbit UMS (PUMS).
 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan PUMS secara berterusan, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat mengisi dan melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan PUMS melalui imbasan kod QR di poster atau pautan berikut;
 
 
Maklum balas YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.