Pengumuman Daripada: Pusat Pengajian Pascasiswazah 

 

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
 
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut:
 
 
atau dengan mengimbas QR di dalam Flyer
 
Maklumbalas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini. 
 
Sekian.
 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Bersempena Hari Pustakawan Malaysia 2024, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama KSPUMS akan mengadakan aktiviti Program Santai Sempena Hari Pustakawan Malaysia.
 
Dijemput kakitangan dan pengguna untuk sama-sama memeriahkan program tersebut.
 
#haripustakawan2024
#librarianday2024
#PersatuanPustakawanMalaysia
#happylibrarianday2024

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam

 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
 
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). 
[Surah Al-Kauthar: 2]
 
Membantu dan memberi peluang merasai daging Qurban kepada golongan kurang bernasib baik di kawasan pedalaman Sabah. 
 
Sasaran
🏡 Keluarga daripada Murid Muslim dari 14 sekolah Rendah dan 1 Sekolah Menengah di Zon Kiulu dan 5 buah sekolah Rendah daripada Zon Nabalu, Tuaran.
 
🐂 Harga  1 bahagian lembu adalah RM 800.00. 
 
LOKASI
🏩 SK PAHU, TUARAN, SABAH
 
TARIKH
🗓 20 JUN 2024 (Khamis)/ 14 Dzulhijjah 1445H
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi;
 
 
Ustaz Khairol Ikhwan @Mohd Fitri bin Khoza
Pensyarah
Fakulti Pengajian Islam UMS