Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN INSTITUT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.    Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan dengan mengimbas kod QR pada flyer.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, 

 

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JABATAN PERPUSTAKAAN TAHUN 2024  

 

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia ada secara berterusan, mohon jasa baik YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Jabatan Perpustakaan dan memberikan maklum balas serta cadangan penambahbaikan.  

 

Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan. Sila Imbas Kod QR Di Atas Atau Melaui Pautan: https://tinyurl.com/4bfua75t

 

Perhatian dan maklum balas YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

 

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar mempelawa kepada semua kakitangan UMS Lantikan tetap/ baharu/lantikan semula/ tukar lantik yang memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan melalui modul modul Pengesahan Perkhidmatan HROnlineV4: https://registrar.ums.edu.my/ 

 

Sekian, terima kasih.