Pengumuman Daripada : Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan 

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat yang dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah akan memjalankan kerja penyelenggaraan kolam tadahan di Perpustakaan UMS. Bagi menjamin keselamatan dan melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan, sebarang aktiviti riadah, P&P dan penyelidikan di kawasan tersebut adalah tidak digalakkan sepanjang tempoh tersebut.

 

Sekian dan harap maklum. 

 

Tarikh Mula : 2 Oktober 2023 

Tarikh Siap : 27 Oktober 2023  

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan 

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat yang dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah akan memjalankan kerja penyelenggaraan kolam tadahan di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. Bagi menjamin keselamatan dan melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan, sebarang aktiviti riadah, P&P dan penyelidikan di kawasan tersebut adalah tidak digalakkan sepanjang tempoh tersebut.

 

Sekian dan harap maklum. 

 

Tarikh Mula : 2 Oktober 2023 

Tarikh Siap : 27 Oktober 2023  

 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Makanan dan Pemakanan

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Fakulti Sains Makanan & Pemakanan menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 07 Oktober 2023 (Sabtu
 
Masa: 9.00am - 12.00pm (Secara Dalam Talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang yang disediakan.
 
Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2023: 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan,
 
Sekalung penghargaan dan tahniah kami ucapkan kepada semua penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) Tahun 2023 yang telah diadakan pada 27 September 2023.
 
Bagi penerima anugerah yang belum menuntut sijil dan hadiah, sila tuntut sijil dan hadiah di Pejabat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Aras 3, Blok Selatan, Bangunan Canselori UMS dan wajib mengembalikan folder sijil berwarna biru kepada pihak urusetia.
 

Segala kerjasama Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.