Pengumuman Daripada: Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari

 

Sesi Penyerahan Sijil Pelaksanaan Pemeriksaan Mengejut Pengurusan Kewangan Pusat Tanggungjawab UMS Tahun 2024 kepada Sepuluh (10) PTJ yang telah berjaya memperolehi pencapaian Lima (5) Bintang semasa Town Hall Meeting Naib Canselor Bersama Ketua-Ketua Jabatan Bil. 1/2025 Kali Ke-6 pada 11 Mac 2025 (Selasa).

Tahniah kepada semua PTJ dan teruskan komitmen ke arah pengurusan tadbir urus kewangan yang berkesan dan sistematik

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Dato/Datin/Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN BEKALAN ELEKTRIK RING 6 (KOLEJ KEDIAMAN TUN PANGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR), DKP 2 (BAHARU) DAN BANGUNAN PASCASISWAZAH PADA 15HB-16HB MAC 2025 (SABTU-AHAD)
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan bekalan elektrik kecemasan Ring 6 perlu dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh         :         15hb - 16hb Mac 2025 (Sabtu - Ahad)
Masa           :         8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
Bangunan   :         KKTPAR, DKP 2 (BAHARU), PASCASISWAZAH
Tujuan        :         Kerja-kerja Penyelenggaraan Pencawang dan Penyambungan bekalan elektrik HUMS
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, pihak YBhg.Datuk/Datin,Prof.,Dr.,Tuan/Puan boleh lah berhubung terus dengan Ir. Ts. Hernnie John, Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP  (016-818 0881), En. Mohd Affandy Damit, Penolong Jurutera Kanan, JPP (019-831 2146) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428).  
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Terima kasih kerana berurusan dengan pihak Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP). Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah atau imbas kod QR tersebut: