Announcement From: Centre For E-Learning

 

https://forms.gle/PLbwHgWmVqwvKuk39

Please take a few minutes to complete this survey regarding the effectiveness of online learning at Universiti Malaysia Sabah (UMS). Your responses will be anonymous, and the information gathered will be used to evaluate the challenges, weaknesses, opportunities, and threats associated with online learning.
 
Deadline: 13 June 2023, 12 NOON
 

Thank you for your participation.

 

 

 

Announcement From: Centre For E-Learning

 

 

https://forms.gle/bzCq3FoDq2SPYQ9CA

 

The eLearning Center at Universiti Malaysia Sabah is currently conducting an evaluation to assess the effectiveness of online learning within Universiti Malaysia Sabah. To obtain valuable insights, we have developed a survey aimed at identifying the challenges, weaknesses, opportunities, and threats associated with online learning at UMS.
 
We kindly request your cooperation in disseminating this survey among all faculty members and students within your respective faculties. Your participation is crucial in ensuring a comprehensive understanding of the current landscape of online learning at UMS.
 
Please note that the survey responses will play a significant role in shaping both the immediate and future strategies of online learning at UMS. We apologize for the limited time provided for the survey, which must be completed by 13th June 2023, 12.00 PM.
 
We deeply appreciate your prompt attention and kind cooperation.
Thank you for your valuable support.

 

 

 

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah 

 

 

YBhg Prof/Dr/Puan,

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KALI KE-26 (MAT KESUMBA KALI KE-26)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

02.       Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah kali ke-26 (MAT KESUMBA) akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

 

Tarikh            :           7 Julai 2023 (Jumaat)

Masa              :           8.00 pagi-12.30 tengahari

Tempat          :          Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori dan Secara maya menggunakan platform Webex (Link akan dikemukakan kemudian)

 

03.       Sukacita sekiranya puan dapat mengemukakan Borang Penamaan Calon Exco Baru KESUMBA, dan borang cadangan usul kepada Puan Stella@Nurul Martini Gontol (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau kepada Puan Nurul Izza Binti Md Nordin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) pada atau sebelum 23 Jun 2023 (Jumaat). Dilampirkan bersama ini Notis Mesyuarat, Atur cara Majlis, Borang Cadangan Usul dan Borang Penamaan Calon untuk tindakan selanjutnya.

 

Segala kerjasama dan sokongan puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

- Notis Mesyuarat Agung Tahunan KESUMBA Kali Ke-26

- Borang Penamaan Calon Exco Baru KESUMBA

- Borang Cadangan Usul Mesyuarat Agung Tahunan KESUMBA Kali Ke-26

 

 

 

Pengumuman Daripada: Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah

 

 

Universiti Malaysia Sabah menerusi penyelarasan Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS 4WDVC) serta JAFPIB UMS akan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat iaitu Rentas Borneo 2023 "To Long Pasia", di Kampung Long Pasia, Sipitang pada 13 sehingga 17 Jun 2023.

Sehubungan itu, UMS 4WDVC memohon sebarang bentuk sumbangan ikhlas bagi menjayakan program ini.

Antara yang boleh disumbangkan ialah hamper, alat tulis, makanan, buku, keperluan kesihatan, pakaian terpakai dan wang tunai.

Sila berhubung dengan Pn. Shonnie Sue Dusip (011-29845860) atau En. Musaab Umair Ambotola (013-3877739) bagi penyerahan sumbangan.

Sumbangan wang tunai, boleh bank-in ke akaun Maybank UMS 4WDVC: 560232123720 (Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah dengan rujukan ‘Rentas Borneo 2023’.

Sumbangan anda sangat dihargai.

 

‘KECIL BAGI KITA, BESAR MAKNANYA KEPADA MEREKA’

 

Pengumuman Daripada: Pusat Luar UMS

 

 

Jom Warga Sandakan rebut peluang hadiri taklimat Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS), "Jom Masuk UMS 2023" pada:
Tarikh      :  18 Jun 2023
Masa         : 10.00 Pagi hingga 2 Petang
Tempat     : Hotel Livingston Sandakan
 
Dapatkan info yang terkini:
- Program Pascasiswazah dan Prasiswazah (Kelas Hujung Minggu)
- Saluran Ambilan Terbuka UMS (SATUMS)
- Sijil APEL
- Muet On Demand (MOD)
 
Diadakan juga sesi soal jawab bagi pertanyaan secara langsung dan cadangan penambahbaikan bagi membantu meningkatkan prestasi pendidikan warga Sandakan.
Jangan lupa scan Qr code untuk sahkan kehadiran anda!😁