Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW)

 

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Sejahtera & Salam Perpaduan,

YBhg. Datuk/Prof/ Prof. Madya/ Dr./Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa bidaan bagi nombor pendaftaran kenderaan khas kategori prima UMS 5 akan mula dibuka pada 17 Mei 2023. Bidaan boleh dibuat melalui sistem UMSeBID (https://umsebid.ums.edu.my/) bermula 17 Mei 2023 (12.00 PM) dan tamat pada 21 Mei 2023 (12.00 PM). Sekiranya tiada pemenang bidaan dalam tempoh tersebut, bidaan akan terus dibuka seperti biasa iaitu bermula Rabu (12.00 PM) dan tamat pada hari Ahad 12.00 PM) setiap minggu. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi khidmat pelanggan kami di talian 088-320000 samb. 202302 atau 016-3793736. 
 
Sekian, Terima Kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk Seri / Dato’/ Dr. / Datin / Tuan / Puan,


Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2. Untuk makluman YBhg. Datuk Seri / Dato’/ Dr. / Datin / Tuan / Puan, HELP University bakal menganjurkan Southeast Asia Youth Sustainability Summit 2023 yang bertemakan Putting Ideals Into Action: Pioneering Future Sustainability Leaders pada 27 Mei 2023 di Kuala Lumpur, Malaysia. Program ini beraspirasi untuk memperkasakan golongan belia dan mahasiswa dari Asia Tenggara sebagai pemangkin alam sekitar yang cakna dan kompeten akan perihal literasi kelestarian (“sustainability literacy”). Program ini turut memberi peluang kepada golongan belia untuk memperluaskan rangkaian dan hubungan bersama pemain industri korporat, akademik, pihak kerajaan, serta badan bukan kerajaan. Bersama-sama ini disertakan risalah berkenaan Southeast Asia Youth Sustainability Summit 2023 untuk rujukan pihak YBhg. Datuk Seri / Dato’/ Dr. / Datin / Tuan / Puan.

 

3. Pendaftaran untuk hadir secara atas talian adalah percuma bagi belia dan mahasiswa daripada Universiti Asia Tenggara dengan melayari ke laman sesawang iaitu www.seayouthsummit.com. Segala pendaftaran untuk hadir ke persidangan tersebut harus dilaksanakan selewat-lewatnya pada atau sebelum 26 Mei 2023Jam 6.00 petang. Sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan Persidangan tersebut, sila kemukakan soalan tersebut ke https://www.seayouthsummit.com/contact-4.

 

4. Sesungguhnya perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak YBhg. Datuk Seri / Dato’/ Dr. / Datin / Tuan / Puan kepada perkara di atas adalah amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

 

Maklumat lanjut, sila rujuk pautan ini: SEA Youth Sustainability Summit 2023.pdf

Sekian.

 

BAHAGIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI