Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, 

 

HEBAHAN HORIZON EUROPE WORK PROGRAMME 2023-2024

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. Rantaian emel di bawah adalah berkaitan. 

2.      Sukacita dimaklumkan Horizon Europe merupakan Program Kerangka Penyelidikan dan Inovasi Kesatuan Eropah (EU) dengan peruntukan bajet sebanyak €95.5 bilion untuk tempoh tahun 2021 sehingga 2027. Program ini bertujuan mewujudkan kerjasama dan mengukuhkan penyelidikan dan inovasi (R&I) di antara ASEAN dan Eropah bagi menangani cabaran dan isu global.

3.      Untuk makluman YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, terdapat pelbagai acara dan aktiviti di dalam program ini seperti sesi persidangan, webinar, forum dan juga latihan. Pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput ke forum Horizon Europe yang akan diadakan pada ketetapan berikut: 

Program

:

“Sustainable Finance in the Global South - Sustainable Finance Research Forum”

Tarikh

:

30 Mac 2023

Pautan Pendaftaran

:

https://ec.europa.eu/eusurvey/runner/SFRF_Global_South

 

4.      Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat E-Pembelajaran

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat E-Pembelajaran

 

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar

 

 

Program e-Pelanggan (Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya) ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam menambah baik penyampaian perkhidmatan menerusi komunikasi dua hala antara pelanggan bersama pegawai-pegawai JPA secara maya. Platform ini juga membuka ruang kepada pelanggan untuk berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan.  

Antara topik perbincangan adalah seperti berikut:

Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput ke Program e-Pelanggan  seperti butiran berikut:

🗓️ : 28 Mac 2023 [Selasa]

⏰ : 10.00 Pagi hingga 4.00 petang

🖥️ : Pautan e-Pelanggan JPA: http://epelanggan.jpa.gov.my

 

Kehadiran pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.