Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM)

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Permohonan Geran Komuniti IPT for Society@Keluarga Malaysia hendaklah dihantar melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Tarikh Permohonan 14-27 September 2022

 

Berikut adalah dokumen berkaitan permohonan:

1. Garis Panduan Program IPT for Society @ Keluarga Malaysia (UNiTY)

2. Borang Permohonan Dana IPT for Society @ Keluarga Malaysia (UNiTY)

3. Infografik Permohonan Dana IPT for Society @ Keluarga Malaysia (UNiTY)

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Sumber Manusia (BSM) akan mengadakan Sesi Khidmat Pelanggan BSM Bil. 1/2022 seperti berikut:


Tarikh         : 15 September - 31 Oktober 2022
Masa          :  9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat       : Bahagian Sumber Manusia, Aras 3, Blok Selatan Bangunan Canselori

3. Sehubungan itu, kakitangan UMS yang disasarkan adalah dipelawa hadir ke BSM untuk membuat semakan Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) bagi memastikan rekod perkhidmatan sepanjang berkhidmat di UMS adalah teratur. YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengisi maklumat sepertimana pautan GF: shorturl.at/NRSU2 untuk tujuan penjadualan janji temu oleh urus setia.

Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan menganjurkan Program Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-65. Program ini berbentuk Lafaz Ikrar Rukun Negara yang bertujuan untuk menerapkan semangat patriotisme dan perpaduan menerusi penglibatan semua peringkat kepimpinan mahasiswa di IPT.

Sehubungan dengan itu, Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT akan diadakan dengan Sesi Lafaz Ikrar Rukun Negara secara serentak di semua IPT bagi mencipta rekod Malaysia Book Of Record (MBR). Oleh yang demikian SEMUA PELAJAR DAN KAKITANGAN UMS adalah dijemput bersama-sama dalam Sesi Lafaz Ikrar Rukun Negara yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh          : 15 September 2022 (Khamis)

Masa            : 9.30 pagi - 10.00 pagi (Tentatif disertakan)

Tempat        : Lokasi masing-masing

Sasaran       : Pelajar dan Kakitangan UMS

Kaedah        : Live Streaming dan disiarkan di TV1 (Selamat Pagi Malaysia)

 

Berikut disertakan Infografik Tatacara Pendaftaran/Penyertaan Lafaz Rukun Negara untuk perhatian selanjutnya. Setiap pendaftaran akan mendapat e-sijil penyertaan.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Sektor Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia

Tajuk: “Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi (CBTM) Perkongsian daripada Rakan UA (UPM)"

 

🗓️: 15 September 2022 (Khamis)

⏰: 2.30 petang

📲🖥️💻: Secara atas talian melalui Webex UMS (shorturl.at/epQVX)

🗣️: Encik Azizi bin Ismail, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia

 

Kehadiran pihak YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

✅ Terbuka kepada semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah

✅Mata IDP akan diberikan