Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

YBrs. Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan,

TAKLIMAT MENGHADAPI ANCAMAN BINATANG BERBISA DAN HAIWAN LIAR DI TEMPAT KERJA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perpustakaan akan mengadakan Taklimat Menghadapi Ancaman Binatang Berbisa dan Haiwan Liar di Tempat Kerja pada ketetapan berikut:  

 

Tarikh            :   21 Jun 2022 (Selasa)

Masa              :   9.00 Pagi

Kaedah          :   Webex

Penceramah :   INSP/PB Rakam Singh A/L Karam Singh

 

Adalah dimaklumkan bahawa Mata IDP dan SDP akan diberikan. Bersama ini disertakan pautan untuk perhatian dan rujukan tuan/puan. shorturl.at/lpsuJ

Kehadiran dan perhatian  YBrs. Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

🐯 Maybank Day @UMS Kota Kinabalu 📢📢📢

23 & 24 Jun 2022 (Khamis & Jumaat) 🗓️🗓️

Maybank bersama Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) menjemput semua mahasiswa & alumni untuk datang beramai-ramai ke

📌SLOT 1 - 9.00 pagi : Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi UMS

📌SLOT 2 - 1.00 petang: Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi UMS

📌SLOT 3 - 3.00 petang: Pantai ODEC (bas disediakan dari bustop Masjid/KKTM)

*Sila pilih slot melalui borang pendaftaran
🧃🍲 Minum pagi dan minum petang disediakan!

📍 Kepada pelajar tahun akhir/alumni UMS yang masih mencari pekerjaan dan penempatan latihan industri, boleh hadir ke 👨🏻‍💼 sesi temuduga pada 24 Jun 2022 (Jumaat) di Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi UMS bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang 🕐

APA TUNGGU LAGI?
Daftar sekarang di link berikut; 👇🏼  
https://bit.ly/MaybankDayUMS2022

Link pendaftaran TEMUDUGA; 👇🏼
https://maybankjobs.typeform.com/to/MyGcwTn1

Ikuti juga Group WhatsApp kami untuk maklumat lanjut; 😎
https://chat.whatsapp.com/IxxkKbBNbhwFSnYUlu4PI3

JUMPA ANDA DI SANA MAHASISWA/I UMS 🤩

Info lanjut: Puan Fatiha - 0164850989

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 

Sasaran: Kakitangan Pemandu/ Pelajar/ Warga UMS

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS (PKKP) akan menganjurkan:

SEMINAR KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB SEMUA BERSAMA WARGA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Program ini akan diadakan pada ketetapan berikut :

   Tarikh :29 JUN 2022 (Rabu)
   Masa :8.30 Pagi - 1.00 Petang
   Tempat :Bilik Seminar 1, Pusat Islam, UMS
  Live Streaming Facebook (https://www.facebook.com/UMS.official/)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Puan Ah Lin (019-8714896)

" Safety by Choice , Not by Chance "

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Dimaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatan WIFI & Internet mengikut ketetapan berikut: 

 
Tarikh                  :  20/6/2022 (Isnin)
Masa                   : 10.00 pagi 
Anggaran masa    : 1 Jam
Lokasi                 : Kolej Kediaman Kingfisher 1
Aktiviti                 : Penyelenggaraan pembaikan talian Unifi TM
 
Tarikh                  :  20/6/2022 (Isnin)
Masa                   : 2.00 petang 
Anggaran masa    : 1 Jam
Lokasi                 : Kolej Kediaman Kingfisher 2
Aktiviti                 : Penyelenggaraan pembaikan talian Unifi TM
 
Tarikh                  :  21/6/2022 (Selasa)
Masa                   : 10.00 pagi 
Anggaran masa    : 1 Jam
Lokasi                 : Kolej Kediaman USIA 1B
Aktiviti                 : Penyelenggaraan pembaikan talian Unifi TM

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar, UMS

Dapatkan dana sebanyak RM3,000 dan kembangkan perniagaan anda!

Bank Rakyat menerusi Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan (PKPKP) UMS menawarkan program 6 bulan UNIpreneur kepada Usahawan Siswa UMS dari golongan asnaf /b40

Syarat kelayakan:
✅ Pelajar prasiswazah/pascasiswazah UMS
✅ Pelajar sepenuh masa
✅ Kategori asnaf
✅ Sedang menjalankan perniagaan (patuh Syariah) lebih dari tempoh 3 bulan yang menawarkan produk/perkhidmatan.

Terma perniagaan:
🟠Milikan tunggal atau
🟠Perkongsian

Terma asnaf/B40
🟠 Pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,849
🟠 Pengesahan asnaf daripada pihak universiti

Perniagaan (online/offline) dalam kategori seperti:
🟠 Sokongan & bekalan perniagaan
🟠 Pendidikan
🟠 Makanan & minuman
🟠 Kesihatan & kecantiman
🟠 Peruncitan
🟠 Penjagaan diri & pengangkutan
🟠 Pelancongan & pengankutan
🟠 Teknologi maklumat & komunikasi

TERBUKA KEPADA 20 USAHAWAN PELAJAR UMS SAHAJA.

Cepat daftar sekarang, sila whatsApp PKPKP di nombor berikut *sebelum 20 JUN*:
 
Untuk sebarang pertanyaan:
📌 En. Awang - 0198320212 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
📌 Pn. Zaida - 0146743342 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
📌 Dr. Thara - 0134061004 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian dan terima kasih.