Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

 

Bengkel Penyediaan Laporan Kelestarian UMS 2023-2024
 
Tarikh: 19-20 Februari 2025
Masa: 9:00 pagi – 4:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat EcoCampus, Aras 4, Blok Utara, Bangunan Canselori
 
Objektif bengkel diadakan adalah untuk memastikan laporan yang dihasilkan memenuhi keperluan penarafan/ranking yang disertai berkaitan aspek kelestarian. Laporan ini juga diharap akan dijadikan sebagai bahan rujukan warga UMS serta orang awam dalam pelaksanaan dan pemantauan inisiatif kelestarian. 
 
Bengkel akan dihadiri oleh warga akademik dan pengurusan yang mempunyai kepakaran dan menyumbang idea bagi merealisasikan suatu laporan yang padat, jelas dan komprehensif.
 
Laporan yang lengkap akan dimaklumkan dan boleh diakses di laman web Pusat Pengurusan EcoCampus kelak.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Sekian, terima kasih dan harap maklum.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

📍 MENGAPA BERZAKAT DI KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍
 
- Ejen Pungutan & Agihan Lantikan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
- Menggunakan resit rasmi daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
- Mendapat rebat cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- 50% daripada hasil pungutan akan diagihkan kepada asnaf UMS
- Sebanyak RM1.08 Juta telah diagihkan kepada kakitangan & pelajar asnaf UMS pada tahun 2024
 
📍 JOM BERZAKAT DI PUSAT ISLAM UMS📍
 
(Secara Fizikal)
Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Pejabat Pusat Islam UMS
 
(Secara Atas Talian)
Hubungi Perunding Zakat 
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
 
Pusat Islam UMS juga menyediakan perkhidmatan bayaran zakat secara potongan melalui gaji yang lebih mudah, selamat dan perbelanjaan bulanan yang lebih terancang. Perkhidmatan ini dinamakan Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang boleh diakses melalui sistem HR online UMS. Potongan tersebut akan dibuat secara bulanan oleh majikan dan setiap pemotongan akan tertera di dalam penyata gaji bulanan.
 
Bagaimana nak mula atau tambah potongan zakat? Anda boleh:
- Log masuk ke Sistem HR online UMS
- Pilih Menu
- Pilih Pusat Islam UMS
- Pilih Zakat Penggajian
 
Jom mula potong...
 
Sebarang Persoalan, boleh menghubungi: 088-320 624 (Hotline)
 
#zakatmembawaberkat
#mudahberzakatbersamapiums
#pzb
#UMSshare
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

 

HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PENGKOMERSIALAN TAHUN 2025

 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 
 
02. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Dana Pengkomersialan Tahun 2025 kini dibuka kepada warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) seperti butiran berikut:
 
Tempoh permohonan: 12 Februari 2025 (Rabu) - 28 Februari 2025 (Jumaat).
 
02. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk, Dato’, Datin, Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan melalui pautan atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan. Dokumen yang boleh dimuat turun termasuk Garis Panduan Dana Pengkomersialan, Dasar Dana Pengkomersialan, serta Borang Permohonan Dana Pengkomersialan. 
 
Pautan muat turun boleh diakses melalui: https://bit.ly/4gM5WIi.
 
03. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, YBhg. Datuk, Dato’, Datin, Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan boleh menghubungi Dr. Bamini Kpd Balakrishnan di talian 011-51113234 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., serta Puan Adelista Adnan di talian 011-14157020 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.