Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersilan, UMS

 

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

YBhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersilan (PPIP) akan mengadakan satu program Taklimat Geran Inovasi dan Pengkomersilan UMS Bersama Penyelidik UMS seperti ketetapan berikut:

           Tarikh: 23 Februari 2022 (Rabu)

           Masa: 2.30 – 4.30 petang

           Platform: Cisco Webex

           Pautanhttps://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m4f6eade609054d4d54b92c845e699788

 

  1. Untuk makluman YBhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan, program ini bertujuan untuk memperkenalkan Skim Geran Inovasi Dan Pengkomersialan UMS yang terbaru untuk ditawarkan bagi tahun 2022. Sehubungan itu, YBhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan adalah dijemput untuk menyertai program ini.

 

  1.  Pihak PPIP juga memohon kerjasama YBhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan untuk memanjangkan perkara ini kepada penyelidik di Fakulti/Akademi/Institut/Pusat YBhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan agar dapat turut serta dalam program taklimat ini. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program ini, YBhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai berikut:

 

  1. a) Dr. Rozilee Asid

                       E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

  1. b) Puan Aqilah Afendy

                       E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

  1. Kerjasama dan komitmen YBhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. 

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, UMS

 

 

YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN MENGHADIRI WEBINAR BERTAJUK “MERPERKASAKAN KOMUNITI MELALUI AMALAN PENGAMBILAN UBAT YANG BETUL DAN PENGGUNAAN UBAT OTC DENGAN SIFAT TANGGUNGJAWAB”

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput menghadiri webinar anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah bersama Persatuan Perubatan Desa Sabah (PERDESA) dengan keterangan seperti berikut:

 

          Tarikh          : 23hb Febuari 2022 (Rabu)

          Masa            : 10.00am – 12.00pm

          Platform      : Webex https://bit.ly/3gGUNLn

                               Meeting number    : 2642 708 6229

                               Password              : 4Hyfn2xfeP3

 

Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih atas penglibatan dan sokongan YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan webinar ini.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

 

 

Kolaborasi bersama U-Science dan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UMS. Program ini mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi Sabah.

 

Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai  STEM Speaker Series yang akan bersiaran secara "Live" di YouTube Platform (Channel : PUSAT USCIENCE UMS).

 

Topics : INFECTION CONTROL AND PREVENTION AT HOME

Date : 22 Februari 2022 (Selasa)

Time : 02.30pm

YouTube Live Link : https://youtu.be/S_5bm6Z2hjo    

 

E-Sijil, mata IDP/SDP akan diberikan kepada semua peserta.

 

Terima Kasih.