Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

 

Tajuk :  Risalah Jumaat Bil 11/2021

Tarikh Terbitan :  03 Disember 2021| 28 Rabiulakhir 1443h

Klasifikasi Edaran :  Untuk Edaran Umum

Diterbitkan Oleh : Sektor Pendidikan, Penerbitan Dan Zakat, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah, Jln. UMS, 88400 Kota Kinabalu

 

Teruskan membaca dengan menekan pautan berikut: https://bit.ly/Risalah-Jumaat-Bil-11-2021

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

 

 

Program ini khusus untuk bekas pesakit Covid-19 yang masih mengalami gejala-gejala berikut:

  1. Kesukaran bernafas
  2. Tekanan Emosi
  3. Masalah Sendi
  4. Mudah Lesu
  5. Sakit Badan

Jabatan Perubatan Rehabilitasi HUMS menyediakan program pemulihan Pasca Covid-19 yang bertujuan untuk membantu pesakit mendapatkan kembali fungsi fizikal, menjalani aktiviti pekerjaan dan rekreasi harian dengan lancar serta keseimbangan emosi untuk peningkatan kualiti hidup.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Adalah dimaklumkan kepada pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, Sektor Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Program Kesedaran Pelaksanaan Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi Siri 3/2021 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

 

Tajuk : Succession Planning and Training Development - CBTM

Tarikh : 6 Disember 2021 (Isnin)

Masa : 2.30 petang

Kaedah : Secara atas talian melalui Webex UMS (https://bit.ly/2ZAb0wP)

Penceramah : Prof. Dr. Zuraidah Mohd Sanusi, Pengarah, Pusat Pembangunan Kepimpinan Institusi, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

 

  1. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri program tersebut. Mata IDP akan diberikan kepada kakitangan yang hadir.

 

Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr/Tuan/Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

*Terbuka kepada semua Kakitangan UMS

*Mata IDP akan diberikan

 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Dan Kecemerlangan Akademik, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Prof. /Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan /Puan

 

Jemputan menghadiri PPKA TALK SERIES 11 Ensuring Validity and Reliability in Assessment

 

Tarikh: 3 Disember 2021 (Jumaat)

Masa: 9:00 Pagi - 11.30 Pagi

Pautan: https://rb.gy/mdctad

 

✅ Semua ahli akademik dijemput hadir

✅Mata IDP akan diberikan