Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

“Risau berkenaan penipuan wang💸 atas talian atau scammer?💀👽 kegiatan jenayah ini telah berlarutan serta menggunakan modus operandi yang sama. Untuk mengetahui lebih lanjut….....”👮🏻‍♂️👮🏻‍♀️

 

JOM HADIRI WEBINAR BERTAJUK KESEDARAN JENAYAH KOMERSIAL & KESEJAHTERAAN KOMUNITI

 

🗓️ : 30 November 2021 (Selasa)

⏰ : 9.00 pagi - 11.00 pagi

📲💻🖥️ : Secara dalam talian melalui Webex UMS (https://rb.gy/rdxdfr)

 

Kehadiran pihak YBrs. Dr./Tuan/Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

*TERBUKA KEPADA SEMUA KAKITANGAN UMS

 

*MATA IDP AKAN DIBERIKAN

 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat e-Pembelajaran, UMS

 

 

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Tan Sri/ Dato’Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

JEMPUTAN KE WEBINAR PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN GANTIAN (PTG) DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT)

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 

 

2. Sebagaimana YBhg. Tan Sri/ Dato’Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, Pembelajaran Teradun Gantian (Blended Learning Substitute) adalah gabungan di antara pembelajaran secara konvensional (bersemuka) dan pembelajaran dalam talian secara gantian. Sebahagian besar penyampaian (kandungan), perbincangan secara dalam talian dan sebahagian perjumpaan adalah secara bersemuka. Impak kepada pelaksanaan PTG ini adalah memberi galakkan ke arah pendidikan fleksibel, menyokong pendigitalan Pendidikan Tinggi selari dengan keperluan pendidikan pada masa kini.

 

3. Jabatan ini juga telah mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian (Pembelajaran Dalam Talian) pada tahun 2020 bagi memberikan penerangan lanjut tentang pelaksanaan PTG di Institusi Pendidikan Tinggi. Sehubungan dengan itu, bagi memberikan penerangan dan menggalakkan lagi pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), satu Webinar Pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) di Institusi Pendidikan Tinggi secara dalam talian akan diadakan seperti ketetapan berikut :

 

 

                               Tarikh         :         25 November 2021 (Khamis)

 

                               Masa           :         2.00 petang - 5.00 petang

 

                               Platform      :         Cisco Webex

 

                               Pautan        :        https://eqrcode.co/a/R3fFoH

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat, UMS

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof. Datuk/YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, 

Untuk makluman, Pejabat Pentadbiran Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat, Aras 1, Bangunan Canselori akan ditutup sementara mulai 23 November 2021 (Selasa) sehingga 25 November 2021 (Khamis). Sepanjang tempoh ini, kakitangan akan bekerja dari rumah.

 

Sebarang pertanyaan/permohonan berkaitan bolehlah disalurkan ke emel rasmi PPSKK :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pejabat Pentadbiran akan beroperasi semula seperti biasa pada 26 November 2021(Jumaat).

 

Terima kasih.