Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

 

Jemputan kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah,dijemput menghadiri Technology Update bersama Dell seperti ketetapan berikut:

 

Tajuk: VMware Secure Digital Backpack Solution For Higher Education

Tarikh: 22 November 2021

Masa: 2.30PM-3.30PM

Platform: Webex (shorturl.at/iqxC2)

 

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

 

Hospital UMS kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ubat-ubatan (Farmasi Bergerak).

 

Sila hubungi 088-329207 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan janji temu. Perkhidmatan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang dilampirkan dalam infografik yang dilampirkan.

 

Terbuka kepada warga STAF UMS sahaja.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data & Maklumat, UMS

 

Tatacara Menambah Maklumat Penyelidik di SMPPI (.pdf)

 

Y.Brs Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Pihak PPDM dengan kerjasama PPP dan JTMK dalam proses meningkatkan kualiti data penyelidikan dan penerbitan pensyarah UMS untuk memastikan data yang dikongsi kepada pihak atasan adalah data yang tepat dan berkualiti.

 

Oleh yang demikian, medan Researcher ID di SMPPI telah ditambah baik dengan menambah medan Scopus ID, WOS ID dan maklumat berkaitan Online Database Subscription (Academia.edu, ReseachGate.net & Mendeley).

 

Dengan itu, pihak PPDM memohon pensyarah untuk mengemaskini data tersebut sebelum 30 November 2021.

 

Untuk rujukan Y.Brs Prof./Dr./Tuan/Puan., Tatacara Menambah Maklumat Penyelidik di SMPPI seperti dilampiran sebagai panduan.