Ucapan Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan | Pusat Luar UMS | UMS Kampus Antarabangsa Labuan | Fakulti Pertanian Lestari | Pejabat Penasihat Undang-Undang | Pusat Penataran Ilmu & Bahasa | Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan | Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf | Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar | Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan | Penerbit UMS | Perpustakaan UMS | Pusat Alumni | Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi | Fakulti Sains & Sumber Alam | Pusat e-Pembelajaran | Bahagian Perkhidmatan Akademik | Pusat Pengajian Pascasiswazah | Jabatan Pendaftar | Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Dimaklumkan bahawa terdapat gangguan rangkaian & telefon di keseluruhan bangunan FPSK Blok B disebabkan Peralatan Utama rangkaian di Bilik ICT, Aras Bawah, Blok B, FPSK tiada bekalan elektrik. Ianya berpunca oleh penutupan bekalan elektrik bagi tujuan keselamatan ekoran kebocoran paip/struktur yang menyebabkan banjir di beberapa tempat di bangunan tersebut. Perkhidmatan rangkaian & telefon akan pulih seperti biasa setelah bekalan elektrik dibuka semula.

 

Segala kesulitan amat dikesali.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

Assalamualaikum wbt dan Salam hormat,

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Selaras dengan arahan Kerajaan yang telah mewajibkan semua Penjawat Awam melengkapkan pengambilan vaksin covid-19 sebelum 1 November 2021, pihak Bahagian Sumber Manusia dengan ini mengesa agar YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan melengkapkan maklumat DOS PERTAMA dan DOS KEDUA melalui HROnline 4.0 (bawah menu Maklumat Peribadi). Bagi staf UMS yang mempunyai masalah kesihatan, disarankan agar mendapat pengesahan daripada Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (PKU). Pihak UMS memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan gagal mematuhi arahan ini.

 

Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.