Pengumuman Daripada: Fakulti Komputeran dan Informatik

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan pihak Fakulti Komputeran dan Informatik ingin menjemput semua warga UMS ke Pameran Projek Tahun Akhir Pelajar Fakulti Komputeran dan Informatik yang akan diadakan di Dewan Kuliah Pusat, Kota Kinabalu mengikut ketetapan berikut:
 
Tarikh      : 23 & 24 Januari 2025
Masa  : 8.30 pagi – 5.00 petang
Lokasi      : DKP 18
 
Kehadiran anda amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian,
Fakulti Komputeran dan Informatik, UMS.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Alhamdulillah, berita yang menjadi idaman kepada semua insan yang membanting tulang sepanjang tahun untuk membawa pulang rezeki yang halal buat keluarga tersayang. Tetapi sekejap! Sebelum kita berbelanja, sebaiknya kita selesaikan perkara yang wajib terlebih dahulu. Apabila mendapat rezeki utamakanlah perkara ini dahulu iaitu menafkahkan ahli keluarga dan menunaikan kewajipan zakat selain daripada membayar hutang dan lain-lain keperluan. Jika kita buat dua perkara ini terlebih dahulu, In Sha Allah...Allah SWT akan menjamin keberkatan rezeki hidup kita dalam pelbagai bentuk.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki,” 
 
(Surah Saba’ : Ayat 39)
 
Pusat Islam UMS menyediakan perkhidmatan bayaran zakat secara potongan melalui gaji yang lebih mudah, selamat dan perbelanjaan bulanan yang lebih terancang. Perkhidmatan ini dinamakan Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang boleh diakses melalui sistem HR online UMS. Potongan tersebut akan dibuat secara bulanan oleh majikan dan setiap pemotongan akan tertera di dalam penyata gaji bulanan.
 
Bagaimana nak mula atau tambah potongan zakat? Anda boleh:
- Log masuk ke Sistem HR online UMS
- Pilih Menu
- Pilih Pusat Islam UMS
- Pilih Zakat Penggajian
 
Jom mula potong...
 
Sebarang Persoalan, boleh menghubungi: 088-320 624 (Hotline)
 
#zakatmembawaberkat
#mudahberzakatbersamapiums
#pzb
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar

 

Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani,
Salam UMS Bertekad Cemerlang
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kokurikulum & Pemajuan Pelajar akan menganjurkan Karnival Kokurikulum yang bertemakan "LUNAR ODYSSEY" pada ketetapan berikut :
 
Tarikh: 25 Januari 2025 (Sabtu)
Masa: 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah
 
Ayuh warga UMS, hadir beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan hebat serta pelbagai aktiviti menarik seperti berikut :
 
🏮 Pameran Kursus kokurikulum
🏮 Persembahan Pelajar
🏮 Booth Mini Games
🏮 Open Karaoke
🏮 Free Market
🏮 Gerai Jualan
🏮 Raja dan Ratu Bulan
🏮 Kempen Derma Darah
 
Kehadiran anda amat bermakna dalam memeriahkan karnival ini!
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan 

 

YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Terima kasih kerana berurusan dengan pihak Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP).
 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah atau imbas kod QR tersebut: