Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

Aturcara Majlis Sambutan Dan Ceramah Perdana Maulidur Rasul 2021M/1443H Universiti Malaysia Sabah (.pdf)

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan majlis tersebut di atas pada ketetapan berikut:

 

Tarikh : 29 Oktober 2021 (Jumaat)

Masa : 9.00 pagi 

Tempat : Galeri Majlis Dan Dalam Talian

Pautan : https://ums-edu-my.webex.com/join/PusatIslamUMS

 

3. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan ke majlis tersebut di atas. Bersama dengan ini disertakan Aturcara Majlis dan Poster untuk rujukan pihak YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan.

 

Kerjasama dan Perhatian YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

 

Sekian 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat, UMS

 

 

Jom saksikan program Logot-Logot Bersama Prof. Madya Dr. Ching Fui Fui @ Faihana Ching Abdullah, Timbalan Pengarah (Penyelidikan Dan Inovasi), Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) yang akan bersiaran secara langsung di FB UMS.official pada:-

 

Tarikh  : 25 Oktober 2021 (Isnin)

Masa    : 10.00 pagi

Topik    : Pembenihan Ikan: Susah atau senang?

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa University of St. La Salle, College of Engineering and Technology (CET), Center for Linkages and International Affairs (CLIA) dan Center for Research and Engagement (CRE) akan menganjurkan sesi perkongsian bertajuk "Lecture Series on Patents and Technology" seperti butiran yang berikut:

 

Tarikh Program: 28 Oktober 2021 (Khamis)

Masa: 2.00 - 5.00 petang

Kaedah: Zoom Meeting (Meeting ID: 916 3009 8051, Passcode: 988394)

 

3. Sehubungan dengan itu, Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) dengan penuh hormatnya menjemput YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, untuk menyertai program tersebut dengan mengisi borang pendaftaran melalui pautan link ini; https://qrgo.page.link/ki1oH

 

Mohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan juga untuk menguar-uarkan jemputan program ini kepada kakitangan dan warga penyelidik yang berminat di Fakulti/Pusat/Institut/Akademi masing-masing.

 

Perhatian dan kerjasama daripada YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

 

 

 

KONVENSYEN MINI: Outreach

 

 

Bil.

Tajuk

Oleh

Masa

Lokasi

1

Data Analytics using Microsoft Azure

En. Asharudin bin Abdul Buhari
Ketua Pegawai Eksekutif di NBit Technology

10.30 Pagi

-

12.30 Tengah Hari

PAUTAN

 

 

JERAYAWARA

 

Bil.

JAFPIB

Masa

Lokasi

1

Jab. Bendahari, Bhg. Audit Dalam, PPKA, Eco Campus, PPSKK, PPPG, Alumni, PKKP, PEP, PKLI, PPST, PLUMS

2.30
Petang
-
4.30
Petang

PAUTAN