Pengumuman Daripada: Pusat Alumni, UMS
 
 
 
 

JEJAK ALUMNI SIRI 83

(Live Facebook Page Pusat Alumni UMS)

 

TAJUK: "Siswa-Siswi Peneraju Masa Hadapan Negara"

 

🔉 Alumni Jemputan 🔉 :Agku Syahril Bin A. Ahmad Thani

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pendidik Masyarakat)

Jabatan Kemas Daerah Sipitang

 

Alumni Tahun 2011| Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan

 

Jom sempatkan masa untuk bersama beliau pada ketetapan berikut:

 

⭕2 Oktober 2021 | Sabtu | 2 Petang 

 

⭕Jumpa anda di https://www.facebook.com/PAUMS.Official

Daftar di sini : https://forms.gle/jJs4B5uRFyb1R68x6

Terima kasih!

Anjuran: Pusat Alumni UMS

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UMS

 

 

TARIKH : 30 SEPTEMBER 2021 (KHAMIS)
MASA : 10 PAGI - 12 TENGAHARI
 
Sertai di Facebook & Youtube Info JAS Sabah

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

Aturcara Majlis Pelancaran Program DIGITAL UMS 2021 (.pdf)

 

 

 

Sukacita YBhg. Prof./YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah diundang untuk menghadiri Majlis Pelancaran Program DIGITAL UMS 2021 yang julung-julung kali dianjurkan di Universiti Malaysia Sabah sepanjang bulan Oktober 2021. Majlis Pelancaran Program DIGITAL UMS 2021 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:           

 

Tarikh: 1 Oktober 2021                   

Masa: 8.30 pagi                 

Kaedah: Dalam talian (Webex)

Pautan: https://bit.ly/3AgM3Ug

Dilancarkan oleh: YBhg. Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin (Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah)

          

Kehadiran YBhg. Prof./YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan ke program ini amat dialu-alukan. Bersama-sama ini juga dilampirkan aturcara majlis untuk rujukan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

Perhatian dan kehadiran YBhg. Prof./YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

TAKWIM PROGRAM DIGITAL UMS 2021

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

Kepada: Seluruh Kakitangan Dan Pelajar UMS Bukan Warganegara Malaysia

 

Surat Pemakluman Berkaitan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warganegara Asing (SKBMW) Tahun 2021 (.pdf)

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

YBhg. Prof. Datuk Dr. & YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./ Tuan/ Puan, 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk dan surat daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) adalah berkaitan.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Bil. 4/2019 (Ke-151) yang diadakan pada 10 Disember 2019 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memutuskan berkaitan Kertas Makluman Kelulusan YB Menteri Pendidikan Mewajibkan Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) kepada Pelajar dan Kakitangan Warganegara Asing di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mulai Tahun 2019 seperti yang berikut:

 

Keputusan MM151.IV.7, hal. 66, pada perkara (b):

 

mesyuarat bersetuju (b) mewajibkan Ujian SKBMW kepada semua pelajar dan kakitangan warganegara asing di IPTA yang telah bermastautin selama setahun di Malaysia menduduki Ujian SKBMW mulai tahun 2020. Mereka ini hanya wajib duduki sahaja.

 

3. Sehubungan itu, bersama ini dilampirkan surat pemakluman daripada pihak MPM berserta kalender Ujian SKBMW 2021 yang jelas maksudnya untuk tujuan hebahan kepada semua kakitangan dan pelajar bukan warganegara Malaysia agar mengikuti ujian tersebut bermula tahun ini.

 

Segala komitmen dan kerjasama YBhg. Prof. Datuk Dr./Prof./Prof. Madya Dr./Dr./ tuan/ puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”