Pengumuman Daripada: Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari

 

Borang Pinjaman Aset Alih UMS (.pdf)

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari telah menyediakan hebahan infografik sebagai hebahan mengenai tatacara peminjaman aset alih UMS mengikut Garis Panduan yang ditetapkan.

Berikut merupakan Infografik Tatacara Peminjaman Aset Alih UMS sebagai rujukan dan bersama ini disertakan borang Pinjaman Aset Alih UMS.

Borang ini perlu dilengkapkan dan diperakukan oleh Ketua Jabatan dan disimpan oleh Pegawai Aset JFPIB masing-masing sebagai rekod.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan boleh menghubungi Sektor Pengurusan Harta & Risiko di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian. Terima Kasih

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

Dikemukakan maklumat berkenaan Pelantikan Klinik Panel UMS Tahun 2021-2022 dan Pemakluman Penamatan Perkhidmatan Klinik Panel Universiti untuk makluman kakitangan UMS:

 

1. Senarai Pelantikan Klinik Panel UMS 2021- 2022 (.pdf)

2. Pemakluman Senarai Klinik Panel Tamat Tempoh Lantikan dan Tidak Disambung Sebagai Klinik Panel (.pdf)

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar, UMS

 

Saudara/i

 

Adalah dimaklumkan bahawa,

1. Mana-mana pelajar yang tinggal di daerah Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu yang perlu memasuki kampus UMS diwajibkan mendapatkan pelekat NR sebagai rekod dan pengesahan daftar NR bagi kemudahan urusan keluar masuk pelajar ke kampus UMS.

2. Tarikh akhir mengambil pelekat NR tersebut adalah pada 4 Jun 2021.

 

Sekian, untuk makluman dan ribuan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju meluluskan penubuhan entiti akademik di Universiti Malaysia Sabah seperti berikut:

             

BIL.

ENTITI AKADEMIK

TARIKH KUAT KUASA

1.

Akademi Seni dan Teknologi (ASTiF)/

Academy of Arts and Creative Technology (ACT)

 

27 April 2021

 

2.

Fakulti Pengajian Islam (FPI) / 

Faculty of Islamic Studies (FIS)

 

10 Mei 2021

 

Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan terima kasih.

 

Sekian.