Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

Merujuk kepada Surat Pihak JHEAINS  (BIL.JHEAINS:BPWD:100-4 KLT 12 (81), yang bertarikh pada 10 FEBUARI 2021 / 28 JAMADILAKHIR 1442H, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Pusat Islam, akan membuka semula ruang solat bagi solat fardhu dan solat Jumaat seperti ketetapan berikut;
 
*?PELAKSANAAN SOLAT FARDHU*
 
*TEMPAT : RUANG SOLAT SEMENTARA PUSAT ISLAM*
*TARIKH MULA : 11 FEBUARI 2021 (KHAMIS)*
*KAPASITI JEMAAH : 15 ORANG SAHAJA*
 
*?PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT*
 
*TEMPAT : DKP 18*
*TARIKH MULA : 12 FEBUARI 2021 (JUMAAT)*
*KAPASITI JEMAAH : 45 ORANG SAHAJA*
 
Sehubungan itu, para kakitangan / warga kampus / jemaah dipohon agar dapat mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), seperti berikut;
 
*1. Para Jemaah hendaklah membawa  sejadah/tikar solat masing-masing*
 
*2. Para Jemaah dikehendaki memakai PELITUP MUKA (Face Mask) sepanjang berada dalam Dewan solat*
 
*3. Para Jemaah tidak dibenarkan bersalaman di antara satu sama lain*
 
*Kehadiran adalah diutamakan kepada mereka yang datang awal ke Dewan Solat Jumaat*
 
 Sila berhubung dengan pihak Urusetia kami di talian 0105063481 (Ustaz Yusri Sumin) 019-8528404 (Ustaz Mahmud Mahanis).
 
Segala Kesulitan berhubung perkara ini adalah amat dikesali.
 
Harap Maklum,
 
Sekian dan terima kasih
 
Pengarah, 
Pusat Islam UMS (PIUMS)

 

Ucapan Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW) | Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) | Perpustakaan UMS | UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) | Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) | Pusat e-Pembelajaran (PEP) | Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) | Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) |  Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK) | Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) | Pusat Kecemerlangan Pengajaran Dan Kualiti Akademik (PKPKA) | Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) | Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) | Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (JPP) | Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) | Galeri Azman Hashim UMS | Fakulti Sains Makanan & Pemakanan (FSMP) | Pusat Penataran Ilmu & Bahasa (PPIB) | Penerbit UMS | Jabatan Hal Ehwal Pelajar | Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) | Pusat Pengajian Pascasiswazah

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data & Maklumat, UMS

 

Y.Brs Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Data Dan Maklumat (PPDM) telah menyediakan panduan untuk menggabungkan profil Scopus ID bagi penerbitan di Scopus.com. Hal ini bertujuan agar pensyarah boleh menggabungkan pelbagai profil di bawah satu nama bagi mengelakkan keciciran rekod penerbitan. Dilampirkan sekali panduan untuk rujukan Y.Brs Prof./Dr./Tuan/Puan.

Terima kasih.

 

Manual To Merge Scopus ID Profile in Scopus.com (.pdf)

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Subjek:  Penerima Geran BYOD Fasa I 2021

 

Semua penerima BYOD Fasa I 2021 wajib hadir bagi mendengar taklimat ringkas BYOD yang akan diadakan pada 17 Februari 2021 ( Rabu) secara dalam talian (Online). Maklumat pautan akan dimaklumkan kemudian.

Penerima juga diminta untuk memuat turun dan membaca dokumen yang dilampirkan di bawah.

Lampiran:

  1. Senarai Penerima Geran BYOD Fasa I 2021 (.pdf)
  2. Panduan dan Tatacara Penerimaan, Carta Alir, dan Spesifikasi Minimum Perkakasan BYOD(.pdf)