Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik

 

Assalamualaikum wbt. YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, sukacita kiranya YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan dengan mengimbas Kod QR yang tertera atau pautan di bawah.

Link Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan PPS:
https://bit.ly/pps-soalselidik

Maklum balas YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
  
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, 
  
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN DAN E-RATING KAUNTER PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT (PKK) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 
  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
  
2.    Sukacita, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan PKK dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah: 
  
Pautan Kajian Pelanggan PKK : 
 
Pautan E-Rating Kaunter PKK : 
  
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
  
Sekian. 
 
Pusat Komunikasi Korporat (PKK) 
----------------------------------------
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

PELAWAAN SUMBANGAN FOOD BANK MASJID UMS 
 
Food Bank Masjid UMS disediakan sebagai satu inisiatif kebajikan bagi membantu warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memerlukan.
 
Kami menjemput seluruh warga UMS dan orang awam untuk bersama-sama menyumbang ke dalam Food Bank Masjid UMS.
 
Antara sumbangan yang diterima:
🍚 Makanan kering (beras, oat, biskut)
🥫 Makanan dalam tin
☕ Minuman segera (3-in-1, teh, kopi)
🍞 Coklat, roti dan snek ringan
🧴 Keperluan asas (sabun, ubat gigi, tuala wanita)
 
Setiap sumbangan anda amat bermakna dan mampu menjadi asbab kebaikan kepada mereka yang memerlukan.
 
“Sedekah tidak akan mengurangkan harta.” 🤍
 
📲 Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.
📞 Sebarang pertanyaan:
Encik Ghazali: 014-912 6809
Hotline Pusat Islam UMS: 088-320 624
 
#Kebajikanasnaf
#FoodbankmasjidUMS
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare