Pengumuman Daripada: Fakulti Komputeran & Informatik
Subjek: Promosi Perkhidmatan My Cybersecurity Clinic di Fakulti Komputeran & Informatik UMS

Sukacita dimaklumkan bahawa kami, MyCybersecurity Clinic (MyCSC@UMS) di Fakulti Komputeran & Informatik UMS Kota Kinabalu menyediakan perkhidmatan pemulihan data, sanitasi data dan pelupusan cakera keras dengan harga yang berpatutan. Potongan sehingga 50% diadakan dalam tempoh promosi kami sekarang.
Waktu operasi kami adalah dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari (kecuali Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum).

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS
Subjek: Program Bicara Ilmu: Fiqh Ibadah Qurban Dan Akikah, Peringkat UMS 1441H/2020M

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan

PROGRAM BICARA ILMU: FIQH IBADAH QURBAN & AKIKAH
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Islam, UMS akan mengadakan program tersebut pada ketetapan berikut:

? Tarikh Program: 10 Julai 2020 (Jumaat)

? Masa: 2.30 Petang

Penceramah: Ust. Dr. Sarip Adul (Pengarah Pusat Islam, UMS)

Aplikasi/ Media: FB Live, Pusat Islam UMS & Google Meet: Meeting URL: https://meet.google.com/zbj-uweu-pok

Sekian, Terima Kasih.

UMS KAMPUS RAHMAH

Pusat Islam,
Universiti Malaysia Sabah.