Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

Subjek: Makluman Pelaksanaan Solat Jumaat Pada 29/5/2020 Di Masjid UMS Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Mohon makluman kepada semua warga UMS tentang Pelaksanaan Solat Jumaat pada 29/5/2020 akan diadakan di Masjid UMS. Namun pelaksanaan tersebut dibuat mengikut garis panduan yang telah dinyatakan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah pada 18 Mei 2020 yang menyatakan kebenaran pelaksanaan solat Jumaat hendaklah dilaksanakan dengan jemaah tidak kurang 3 orang dan tidak melebihi 12 orang. Sehubungan itu, pihak Pusat Islam, UMS telah menetapkan penama yang yang boleh hadir untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari tersebut.

 

 Pengumuman Daripada: Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (Pppi)

Subjek: Pemakluman Pembukaan Permohonan Geran Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 3/2020, Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM)

Lampiran

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan permohonan geran Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 3/2020 bermula pada 28 Mei 2020. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

                                                                                                         

Berikut adalah tarikh dan perkara penting berkenaan pembukaan permohonan ini:

 

BIL.

PERKARA

CATATAN

1.

Tarikh Pembukaan Permohonan Peringkat KPM

-          28 Mei 2020 – 30 Jun 2020

2.

Tarikh Akhir Penghantaran Permohonan Peringkat UMS

 

22 Jun 2020 (Isnin)

 

***Penting untuk semakan dokumen

 diperingkat PPPI dan tandatangan Pengarah PPPI

3.

Dokumen Permohonan

Dihantar ke Pejabat PPPI dalam bentuk:

i) satu (1) set salinan hardcopy

ii) satu (1) set salinan softcopy (email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

4.

Urus Setia PPPI

-       Seksyen Pengurusan Inovasi:

-       No. Samb.: 100572 / 100012 / 101861

 

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Pelaksanaan dan Borang Permohonan PPRN 2.0 untuk rujukan dan tindakan selanjutnya di pihak YBrs. Prof./ Dr./ tuan/ puan.

 

Sekian, terima kasih.