Pengumuman Daripada: Unit Pengajian Lanjutan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Tawaran Permohonan Biasiswa Stipendium Hungary 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Hungary telah membuka permohonan untuk menaja warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program Biasiswa di bawah tajaan Stipendium Hungary Scholarship Program bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran bagi kemasukan akademik 2020 di Hungary.

Kakitangan yang berminat perlu mengemukakan permohonan secara terus melalui laman sesawang www.stipendiumhungaricum.hu. Kakitangan adalah diingatkan untuk mematuhi tarikh akhir permohonan yang ditetapkan iaitu sebelum 16 Januari 2020 bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Bersama ini dilampirkan adalah hebahan tawaran biasiswa untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Hebahan Tawaran Biasiswa (.pdf)

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari
Subjek: Makluman Pendaftaran Kemasukan Murid/ Kanak-Kanak PML Sesi 2020

IBUBAPA
MURID-MURID/KANAK-KANAK
PUSAT MINDA LESTARI
UNIVERSITI MALASYIA SABAH

Dr./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID/KANAK-KANAK BAGI PROGRAM DI PUSAT MINDA LESTARI BAGI SESI 2020

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sesi pendaftaran murid/kanak-kanak baharu bagi sesi 2020 akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 18 Disember 2019 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi- 12.30 Tengahari
Tempat : Dewan Pusat Minda Lestari

Dimaklumkan juga bahawa, kutipan yuran PIBG PML sebanyak RM25.00 akan dikutip semasa pendaftaran oleh wakil PIBG PML.

Bersama-sama ini dilampirkan kaedah pembayaran & Pekeliling Bendahari Bil.3 Tahun 2019 berkenaan Pelaksanaan Sepenuhnya Persekitaran Terimaan Tanpa Tunai (Cashless Enviroment) di Universiti Malaysia Sabah untuk rujukan Dr./tuan/puan selanjutnya.

Sekian dan terima kasih.

Pekeliling Bendahari Bil. 3 Tahun 2019 (.pdf)
Pelan Lantai Dewan PML untuk Pendaftaran 2020 (.pdf)

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Pelawaan Bagi Pengesahan Dalam Perkhidmatan BIL. 1/2020

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap yang belum disahkan dalam jawatan dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V3/index.php/en/easyaccess/borang-borang

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 24 Januari 2020 (Jumaat).

Sekian, terima kasih.

Pelawaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Bil. 1/2020 (.pdf)

Syarat Pengesahan Jawatan (.pdf)

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Subjek: Majlis Pelancaran Buku 25 Tahun PPIB 

Majlis pelancaran buku 25 tahun PPIB akan diadakan pada 13 Disember 2019 (Jumaat) sempena sambutan Jubli Perak Universiti Malaysia Sabah. Majlis ini akan dirasmikan oleh Prof. Dr. Rasid Mail, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah. Antara program ilmiah dalam majlis ini ialah Program Bicara Buku yang terpilih iaitu Buku "25 Tahun PPIB Perkembangan Cabaran dan Pencapaian", Buku "Signifikan Simbol dalam Adat dan Kematian Bajau dari Perspektif Semiotik dan Komunikasi" serta Buku "Canang".

Warga UMS yang berkelapangan dijemput hadir. ???????

Aturcara Pelancaran Buku (.pdf)