Pengumuman Daripada:  Jawatankuasa Kerja Pembangunan Laman Web Baharu UMS

Subjek: Soal-Selidik Pembangunan Laman Web Baharu UMS (Paparan Maklumat)

Warga UMS yang dihormati,

Soal selidik ini dijalankan bagi menganalisis keberkesanan proses penyaluran dan penyampaian maklumat (kandungan dan proses kerja) yang dipaparkan dalam laman web UMS ke arah menghasilkan satu laman web baharu yang lebih menarik, bermaklumat dan mudah dicapai. Sehubungan itu, mohon agar warga UMS sama-sama dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab soal-selidik yang terdapat pada link https://forms.gle/GW42UDnbVNLQWZP27 . Soal Selidik ini akan berakhir pada hari Rabu, 6/11/2019.

Penyertaan anda dalam soal-selidik ini sangat dihargai.

Terima kasih.

Dr. Jakaria Dasan

b.p. Jawatankuasa Kerja Pembangunan Laman Web Baharu UMS

Pengumuman daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi

Subjek: Tawaran Arturo Falaschi PhD Fellowships dan Arturo Falashi PhD Fellowship International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB)

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

 Y. Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas .

Untuk makluman Y. Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan , Malaysia merupakan negara anggota International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). Sebagai ahli, Malaysia akan mendapat beberapa faedah daripada ICGEB melalui aktiviti dan program yang dianjurkan setiap tahun.  Justeru itu, sukacita Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) memanjangkan aktiviti dan program fellowships yang ditawarkan oleh ICGEB kepada organisasi/agensi/institutisi Y. Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk menyertainya.

Bersama-sama ini disertakan risalah berkaitan program fellowships yang ditawarkan untuk perhatian dan  rujukan pihak  Y. Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan. Selain itu, maklumat lanjut mengenai tawaran ini boleh juga dicapai melalui laman sesawang rasmi seperti berikut:

  • Arturo Falaschi PhD Fellowships:

https://www.icgeb.org/activities/fellowship/guidelines-and-application-form-arturo-falaschi-phd-fellowships/

  • Arturo Falaschi Postdoctoral Fellowships

https://www.icgeb.org/activities/fellowship/guidelines-and-application-form-arturo-falaschi-postdoctoral-fellowships/

Pengumuman daripada :    Jawatankuasa Promosi Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Malaysia Sabah 

Subjek: Garis Panduan Terkini EKSA Universiti Malaysia Sabah Jilid 7

PEGAWAI DIHUBUNGI :     Encik Samsuidin Nurdin (013-854 7078) Cik Nur Amir Azlin Bt Amir (013-818 6261) Puan Nurul Izza Binti Md Nordin (013-850 0362) En Rahmat Kasmin (013-8540362) Pn Lidiawati Arifin  (016-832 0204)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

  1. Adalah dimaklumkan bahawa GarisPanduanEKSA Jilid 7 telah dikemaskini mengikut perubahan dan kesesuaian semasa universiti yang telah dikemaskini pada 23 Oktober 2019 (Rabu). Pengemaskinian yang telah dilakukan adalah seperti berikut :

Mukasurat 4 : Penempatan n jawatan pegawai
Mukasurat 7 : Kemaskini sub-zone bawah FPSK
Mukasurat  8 : Tarikh kemaskini pejabat dalam Bangunan Canselori
Mukasurat 21 - 27 : Susun atur mukasurat

  1. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Ketua Bahagian agar dapat memastikan tatacara EKSA mengikut Garis PanduanEKSA UMS yang telah diberikan. 

Dilampirkan Garis Panduan EKSA Jilid 7 untuk rujukan dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

Subjek: Pertandingan 'Say It Loud!' Spoken Word Competition

CHANGES TO DATE AND VENUE - PLEASE NOTE!

Kindly note that the 'Say It Loud!' Spoken Word Competition will now be held on Wednesday, 27 November at PPIB Entrance at 11 AM.

You still have time to enter using the Google form! Cash prizes! See the QR code on the attached poster.