Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-Undang 

 

JEMPUTAN MENGHADIRI FORUM : INTEGRITI DALAM DUNIA PEKERJAAN
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Governan (BPG), Jabatan Pendaftar menjemput pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, menghadiri forum di atas sempena Ulang Tahun Ke-30 Penubuhan UMS dan Hari Bertemu Pelanggan, Jabatan Pendaftar pada ketetapan berikut:
 
     Tarikh         : 26 November 2024 (Selasa)
     Masa         : 11.30 pagi - 1.00 tengah hari
       Tempat       : Pusat Islam UMS
 
3.    Sehubungan itu, mohon pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk membuat hebahan forum ini kepada semua kakitangan di bawah seliaan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.  
 
Perhatian dan kehadiran pihak YBhg. Prof. Datuk/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 
Sekian.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum W.B.T
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dijemput kepada semua kakitangan UMS untuk mendapatkan perkhidmatan Taksiran Zakat Penggajian di Kaunter Zakat Pusat Islam seperti butiran berikut:
 
🗓Tarikh : 26-27 November (Selasa-Rabu)
⏰Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
📍Tempat : Pusat Islam UMS
 
Dokumen yang perlu dibawa?
✅ Slip Gaji Terkini 2024
✅ Kad Pengenalan
 
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
> Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”. (Surah An-Nur 24:56)
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara dalam talian, Sila hubungi:
 
Encik Malik Hanafi (https://wa.me/60168264760)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Cik Noorfazlina (https://wa.me/60138085856)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
 
#jomberzakat
#UMShare