PENGUMUMAN DARIPADA: PENDAFTAR, UMS

SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR BILANGAN 9 TAHUN 2019: WAKTU BERKERJA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK KURANG UPAYA (OKU)

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 9 Tahun 2019 yang dengan sendiri menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan lanjut pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
  2. Mohon perkara ini dipanjangkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SUBJEK: PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMPENA CUTI HARI KEBANGSAAN, AWAL MUHARRAM DAN CUTI GANTIAN AWAL MUHARRAM 2019

 

Pengguna Perpustakaan yang dihormati, untuk makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-

31 Ogos 2019

-

Hari Kebangsaan (Sabtu)

01 September 2019

-

Awal Muharram (Ahad)

02 September 2019

-

Cuti Ganti Awal Muharram (Isnin)

 

Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:

http://ums.edu.my/library atau ezproxy.ums.edu.my/login