PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

SUBJEK: JEMPUTAN MENYERTAI IPIEC GLOBAL 2019

 

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,                                                                                     

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

IPIEC Global 2019 adalah satu pertandingan untuk mendaftarkan HARTA INTELEK di China. Ini merupakan tahun ke-tiga pertandingan ini dijalankan. Tahun ini pertandingan IPIEC Global dijalankan di 13 siri di peringkat saringan termasuk di Asean, UK, Australia, South.Korea, Hong Kong, Russia, Germany, Switzerland, Denmark, Norway, Finland dan US.

Beta Foundation sebagai duta ASEAN WTOIP dengan kerjasama Technology Park Malaysia (TPM), dengan ini ingin menjemput YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyertai pertandingan ini dengan menghantar projek dan idea berinovasi YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan yang berpotensi untuk memasuki pasaran China. Fokus untuk tahun ini adalah projek-projek daripada bidang AI, Big data, Biomedicine, Advanced Manufacturing, New Generation IT, IoT, New energy, Energy Saving and Environmental Protection, New Material dan New Agriculture.

Untuk makumat lanjut berkenaan dengan IPIEC Global 2019 sila layari laman sesawang http://beta-foundation.org/ipiec2019.Tarikh akhir penyertaan adalah pada 15 Ogos 2019.

Projek yang terpilih perlu hadir ke sesi ‘pitching’ pada 27 Ogos 2019 di acara IPIEC Global 2019 peringkat ASEAN yang akan diadakan di TPM. Pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan juga dijemput untuk hadir ke acara IPIEC Global 2019 peringkat ASEAN.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Puan Ty di talian 013-923 2308 / 03-7832 5858, atau e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih.

IPIEC-ASEAN Chapter (.pdf)

BETA-2PAGER-V2 (.pdf)

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERNIAGAAN, EKONOMI DAN PERAKAUNAN

SUBJEK: CHEVENING UK GOVERNMENT'S GLOBAL SCHOLARSHIP PROGRAMME

Assalamualaikum wr. wb. dan Salam Sejahtera, 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa "Chevening, UK Government's Global Scholarship Programme" bagi sesi 2020 telah dibuka untuk permohonan bermula 5 Ogos 2019 sehingga 6 November 2019. Program ini merupakan program tajaan menyambung Sarjana pelbagai bidang di mana-mana UK University dalam tempoh pengajian setahun.

3. Chevening Scholarship Officers dari British High Commission (Kuala Lumpur) akan datang ke Sabah dan mengadakan taklimat berkenaan program 'Chevening Scholarship' ini pada ketetapan berikut:

Tarikh: 16 Ogos 2019 (Jumaat)
Masa: 3.00 - 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, FPEP

3. Sehubungan dengan itu pensyarah dan pelajar prasiswazah UMS pelbagai bidang adalah dijemput hadir dalam program taklimat tersebut dan dipohon untuk mengisi maklumat kehadiran melalui pautan e-Form {https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc24r9Fmnp4n-99Bx6RntU1anM8filSjSO_IFIpuoRW1wJkKQ/viewform} sebelum atau pada 14 Ogos 2019.

Sekian, dmaklumkan. Terima kasih

Yang ikhlas,

b.p TIMBALAN DEKAN 
FAKULTI PERNIAGAAN, EKONOMI DAN PERAKAUNAN

 

PENGUMUMAN DARIPADA: KELAB SURIRUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KESUMBA)

SUBJEK: UMS PEAK HIKING@KESUMBA

PEGAWAI DIHUBUNGI: PUAN NURUL IZZA MD NORDIN (013-850 0362); PUAN SITI JULIYANA KAMARUDDIN (015-583 1659)