PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK DAN KOMUNIKASI KORPORAT

SUBJEK: PEMBUKAAN PERMOHONAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) Tahun 2019 telah dibuka bermula pada 29 April 2018 sehingga  31 Julai 2019.

Untuk makluman, ATABM merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam (UA) 2016 hingga 2020 di bawah Objektif 1 iaitu “Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu”. Ianya merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik pelbagai bidang dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam kerjaya mereka.

Calon yang berjaya akan dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu  dan akan menerima wang penghargaan sebanyak RM 30,000, piala iringan serta sijil penganugerahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Justeru, YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk mengemukakan permohonan ATABM 2019. Untuk maklumat lanjut, YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh melayari  hebahan beserta maklumat lengkap di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia  di www.moe.gov.my/atabm.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Urus Setia ATABM melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau telefon 03-8870 5384.

Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./ Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

 PENGUMUMAN DARIPADA    :     SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI,  PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)

SUBJEK                               :     PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/TAHUN 2019, JABATAN PENDIDIKAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA               

YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa semua IPT untuk mengemukakan permohonan geran Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB). Pembukaan permohonan MyLAB ini akan dilaksanakan sepanjang tahun dan proses penilaian hanya akan dilaksanakan oleh KPM pada bulan Mac dan September setiap tahun.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan ringkasan serta maklumat penting berkenaan pembukaan permohonan ini di peringkat UMS:

Bil.

Perkara

Catatan

1.

Pembukaan Permohonan peringkat KPM

-          Bermula 1 Jun 2019 dan dibuka sepanjang tahun

2.

Proses Penilaian Peringkat KPM

-          Pusingan Pertama – Bulan Mac

-          Pusingan Kedua – Bulan September

3.

Tarikh Akhir Penghantaran Peringkat UMS

-          Pusingan Pertama – 31 Januari

Pusingan Kedua – 31 Julai

4.

Borang Permohonan & Garis Panduan

Muat turun daripada laman web MyGRANTS: http://mygrants.gov.my/

5.

Penghantaran permohonan ke PPPI

i)      Penilaian peringkat UMS:

-       Dua (2) salinan hardcopy borang & dokumen

 

ii)     Selepas penilaian dan dokumen telah muktamad:

-       Lima (5) salinan hardcopy borang & dokumen lengkap (berdasarkan senarai semak MyLAB) termasuk salinan asal

-       Satu (1) salinan softcopy borang & dokumen dalam CD/Pendrive

 

Calon Penyelidik bersama

Universiti Swasta & Institut Penyelidikan boleh menjadi ahli kolaborasi projek

6.

Pegawai dihubungi

-       1) Prof. Madya Dr. Homathevi Rahman ; Ext. 613803,

-           email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-       2) Pn. Rozaidah Amir Hussein ; Ext. 613806,

-           email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

-       3) Cik Masrina binti Maujar ; Ext. 613815,

-           email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Dilampirkan Garis Panduan dan Borang Permohonan Geran MyLAB tahun 2019 untuk makluman dan rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

  1. Lampiran

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI KEJURUTERAAN
SUBJEK: MINGGU SUAI MESRA PELAJAR BAHARU DIPLOMA KEJURUTERAAN PROSES (OPERASI MINYAK DAN GAS)
 
Adalah dimaklumkan bahawa,pihak FKJ akan mengadakan minggu suai mesra pelajar baharu diploma kejuruteraan proses (operasi minyak dan gas) pada ketetapan berikut.
 
Tarikh: 17 hingga 18 Jun 2019
Masa: 8 pagi hingga 5 petang
tempat: Fakulti Kejuruteraan