- Jumlah paparan: 1602
AUDIT PEMATUHAN DAN PELUASAN SKOP BAGI SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP)
PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
SUBJEK : AUDIT PEMATUHAN DAN PELUASAN SKOP BAGI SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP)
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan Audit Pematuhan dan Peluasan Skop bagi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) (OHSAS 18001:2007 dan MS 1722:2011) akan berlangsung pada 24 April 2019 sehingga 26 April 2019 di JFPIU berikut:
a) Perpustakaan
b) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
c) Fakulti Sains dan Sumber Alam
d) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
e) Pusat Islam UMS
f) Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
g) Pusat Pengurusan EcoCampus
h) Pusat Minda Lestari
i) Institut Penyelidikan Bioteknologi
j) Pejabat Canselori
k) Bahagian Audit Dalam
3. Untuk makluman, Audit Pematuhan dan Peluasan Skop bagi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) ini adalah sebagai pemantauan pematuhan kepada SPKKP sekaligus sebagai persediaan ke arah Pensijilan Semula SPKKP.
Perhatian dan kerjasama puan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian. Terima kasih.