PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK : MAKLUMAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN GERAN BYOD
 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN BYOD FASA 1 BAGI TAHUN 2019
 
Makluman kepada pegawai UMS yang ingin memohon geran BYOD ( Bring Your Own Device). Pemohon boleh menghantar permohonan secara online melalui portal staf ums. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 13 Februari 2019. 
Permohonan geran ini tertakluk kepada terma dan syarat.
 
Dilampirkan dokumen garis panduan dan tatacara permohonan untuk rujukan pihak Prof/Dr/Tuan/Puan.
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA : INSTITUT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI 
SUBJEK : PROGRAM PEMATUHAN TERHADAP KONVENSYEN SENJATA BIOLOGI DAN TOKSIN (KSBT) SERTA PELAKSANAAN BIOSEKURITI
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan selaku Agensi Peneraju Teknikal Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin (KSBT) sedang melaksanakan Program Pendekatan KSBT dan  Pelaksanaan Biosekuriti.
 
Beberapa siri penerangan dan lawatan ke institut penyelidikan awam/swasta, institut pengajian tinggi awam/swasta serta premis industri berkaitan telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak STRIDE.
 
Sehubungan itu, YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk sesi yang akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada ketetapan yang berikut:
 
       Tarikh              : 24 Januari 2019 (Khamis)
         Masa               : 8.30 pagi – 3.00 petang 
         Tempat           : Bilik Seminar, Institut Penyelidikan Bioteknologi
 
Di atas perhatian dan kerjasama YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan bagi menjayakan program, amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.