PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: PELAWAAN BAGI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL. 1/2019
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap yang belum disahkan dalam jawatan dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V3/index.php/en/easyaccess/borang-borang
 
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 15 Februari 2019 (Jumaat).
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI KOMPUTERAN & INFORMATIK
SUBJEK: IKLAN PEMBUKAAN MyCyberSecurity Clinic (MyCSC@UMS)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa MyCyberSecurity Clinic (MyCSC@UMS), dibawah pengurusan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2019 dengan menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Data dan Sanitasi Data kepada semua warga universiti, jabatan/agensi kerajaan dan persendirian dan orang awam dengan bayaran yang munasabah.
 
Sempena pembukaan Klinik Siber yang pertama di Borneo dan di universiti awam Malaysia ini, satu promosi “Pre-Launch” akan diadakan dimana perkhidmatan diagnosis awal cakera keras (Hard disc) dan sticks memori (Thumb drive) secara PERCUMA akan diberikan kepada semua warga UMS sebelum proses pemulihan data dijalankan.