PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN UMS
SUBJEK: MAKLUMAN BERKENAAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF DI SEPANJANG JALAN UMS DAN MEMBINA PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN JALAN UMS
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melantik kontraktor Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd untuk menjalankan kerja-kerja naiktaraf di sepanjang jalan UMS dan membina persimpangan bertingkat di persimpangan jalan UMS.
Sehubungan itu, jadual kerja-kerja naiktaraf jalan adalah seperti berikut;
Tarikh Mula : 21 Disember 2018
Tarikh Tamat : 31 Mac 2021
Tempoh Projek : 27 Bulan
Segala kesulitan sepanjang tempoh pembinaan amat dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
b/p Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan