Pengumuman Daripada: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

 

🍁 Salam Sejahtera & Malaysia Madani🍁
 
🔊🔊🔊Jom kita ramai-ramai ke ASASI OPEN DAY 2024!!! 
 
💥💥Antara aktiviti menarik  sepanjang karnival 💥💥
 
🎈 JOM@ASASI 
🎈 FUN@LABORATORY 
🎈 PAMERAN INOVASI FIZIK 
🎈 PAMERAN IT ASASI
🎈 SPROUT PLANTING PARTY
🎈 SPELLING BEE
🎈 CABUTAN BERTUAH
🎈 GERAI JUALAN MAKANAN 🌮🍟🍔🍩
 
💫💫💫Anjuran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) dengan kerjasama pihak U-Science UMS.
 
🏫Tempat: Bangunan PPST, UMS 
🗓️ Tarikh: 29 Oktober (Selasa) 
⏰Masa: 9.00 pagi-4 petang 
 
🆓🆓 Penyertaan adalah PERCUMA!!!
 
🌟🌟Layari laman sesawang kami yang tertera di poster.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

Salam Sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Gugusan Bahasa Asing dan Tempatan bersama Gugusan Bahasa Inggeris, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Program Malam Bahasa Antarabangsa dan Tempatan PPIB 2024 sempena sambutan 30 tahun UMS seperti ketetapan berikut:
 
🗓️ Tarikh: 15 November 2024 (Jumaat)
⏰ Masa: 6:00 petang
📌 Tempat: Dewan Resital, ASTiF UMS
👕 Tema pakaian: Busana tradisional
⭐️ Masuk Percuma ⭐️
 
📣Semua staf dan pelajar UMS dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.
🎉 Saksikan persembahan hebat oleh pelajar tempatan dan antarabangsa yang akan menampilkan bakat mereka dalam bahasa yang dipelajari.
 
Program ini turut menampilkan:
🎪 Reruai Pameran
🎶 Muzik Orkestra
👗 Peragaan Busana Tradisi
🍽️ Kendera Saji (Food Truck)
🎁 Cabutan Bertuah dan Reruai Tercantik
 
✅ Mata IDP/SDP akan diberikan kepada yang layak.
🙌 Jangan lupa janji temu kita! 🥰
 
Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Penganjur MBAT2024 ❤️

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam 

 

 

Assalamualaikum WBT
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
TAHUKAH ANDA?
 
Terdapat 2 jenis zakat iaitu Zakat Fitrah dan juga Zakat Harta.
 
Zakat Fitrah:
Dibayar dalam bulan puasa (Ramadan) sahaja. 
 
Zakat Harta:
Ditunaikan sepanjang tahun berdasarkan nisab dan cukup haul (pemilikan harta tersebut telah mencapai 1 tahun).
 
Mari kita sama-sama semak syarat-syarat wajib untuk melayakkan kita berzakat.
 
SYARAT-SYARAT WAJIB DALAM BERZAKAT:
 
1. ISLAM - Hanya dikenakan atas orang Islam sahaja.
2. MERDEKA - Orang lslam yang merdeka sepenuhnya bukannya daripada golongan hamba.
3. SEMPURNA MILIK -Harta yang mampu dikawal sepenuhnya oleh seseorang.
4. CUKUP NISAB- Paras minima yang menentukan sama ada sesuatu harta diwajibkan zakat.
5. CUKUP HAUL - Genap setahun Qamariah (masihi) atau (hijri) harta itu disimpan atau dimiliki.
6. HARTA BERKEMBANG - Harta yang memberikan pulangan dan pendapatan kepada pemiliknya
7. SUMBER HARTA/HASIL ADALAH HALAL DAN SAH - Sumber yang halal dan diperolehi dengan cara yang sah
 
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.“ (At - Taubah 103)
 
Dokumen yang perlu dibawa?
✅ Slip Gaji Terkini 2024
✅ Kad Pengenalan
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
 
Encik Malik Hanafi (https://wa.me/60168264760)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Cik Noorfazlina (https://wa.me/60138085856)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
 
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMShare