Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah dengan Kerjasama Fakulti Pengajian Islam (FIS), Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PERMAFIS), dan Kelab Rakan Masjid UMS (KRM) menjemput dan mempelawa sesiapa yang berminat untuk membaca dan memperbaiki bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim secara praktikal melalui Kelas Pengajian Al-Quran dan Iqra'. Program ini akan dijalankan secara mingguan bermula Oktober 2024 sehingga Februari 2025 dan terbuka kepada semua pelajar UMS.
🗓 Hari Pilihan:
i) Isnin & Khamis
ii) Selasa & Khamis
⏰ Masa: 8.00 PM - 9.00 PM
📍 Tempat: Masjid UMS
💵 Yuran: ❗PERCUMA❗
💡Kelebihan:
- E-Sijil disediakan
- Mysdp point disediakan
- Tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman
📌 DAFTAR SEKARANG📌
📌 DAFTAR SEKARANG📌
📌 DAFTAR SEKARANG📌
Sebarang pertanyaan, hubungi:
 
 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah dengan Kerjasama Fakulti Pengajian Islam (FIS) menjemput dan mempelawa sesiapa yang berminat untuk membaca dan memperbaiki bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim secara praktikal melalui Kelas Pengajian Al-Quran dan Iqra'. Program ini akan dijalankan secara mingguan bermula Oktober 2024 sehingga Februari 2025 dan terbuka kepada kakitangan UMS dan Orang Awam.
 
🗓 Hari: Setiap Selasa dan Khamis
⏰ Masa Pilihan: 6.30 AM - 7.30 AM / 1.00 PM - 2.00 PM /8.00 PM - 9.00 PM
📍 Tempat: Secara Dalam Talian
 
💵 Yuran: RM50 (Pendaftaran), RM50 (Bulanan)
 
💡Kelebihan:
- E-Sijil disediakan
- MyIDP point disediakan (Kakitangan UMS)
- Tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman
 
📌 DAFTAR SEKARANG📌
📌 DAFTAR SEKARANG📌
📌 DAFTAR SEKARANG📌
 
🔗 Link Pendaftaran: https://forms.gle/19SEysX6PSdWmioV6
 
Sebarang pertanyaan, hubungi:
http://www.wasap.my/60168655694 (Ustazah Fazelah)
http://www.wasap.my/60149126809 (Ustaz Ghazali)
 
#jomngajiquran
#UMSshare
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam

 

 

JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR KEBANGSAAN HAFAZAN AL-QURAN (TIPS-Q) & PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PROFESOR ADJUNG FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (FIS) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.        Sukacita dimaklumkan, Universiti Malaysia Sabah melalui Fakulti Pengajian Islam (FIS) dan Pusat Islam UMS akan menganjurkan majlis tersebut di atas bagi meneliti pelbagai pendekatan pendidikan dalam hafazan Al-Quran yang dapat membantu pelajar meningkatkan keupayaan mereka. Majlis ini juga akan menyampaikan watikah pelantikan Profesor Adjung FIS kepada Habib Ali Zeanal Abidin Al-Hamid sebagai pakar dan tokoh agama yang akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau melalui syarahan dan sesi dialog.
 
3.        Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati menjemput YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai seminar dan dan penyampaian watikah tersebut di atas seperti dalam ketetapan berikut;
 
Tarikh           :  21 Oktober 2024 (Isnin)
Masa            :  7.30 Pagi
Tempat         :  Pusat Islam dan facebook rasmi Pusat Islam UMS
 
4.        Bersama dengan ini, dilampirkan tentatif majlis untuk rujukanYBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Md. Razali Saibin di talian 013-543 0833.
 
Perhatian dan penyertaan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam seminar ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

JEMPUTAN KE MAJLIS CERAMAH PERDANA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1446H/2024M
 
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UMS akan mengadakan Majlis Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Universiti Malaysia Sabah Bagi Tahun 1446H/2024M pada ketetapan seperti berikut:
 
            Tarikh      : 18 Oktober 2024(Jumaat)
             Masa        : 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi
            Tempat     : Dewan Seminar Pusat Islam UMS
 
3.    Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan  dan pelajar dibawah seliaan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan ke majlis tersebut. Bersama-sama dengan ini dilampirkan atur cara majlis untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.