Pengumuman daripada: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi: Urus Setia Penyelidikan, samb; 613825/613808/613802
Subjek: Pembukaan untuk Permohonan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2018 Secara atas talian melalui Sistem Maklumat Penyelidikan
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2018 telahpun dibuka bermula pada 24 Februari 2018 sehingga 16 Mac 2018.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing melalui Sistem Maklumat Penyelidikan iaitu di http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx.
 
Disertakan bersama ini Garis Panduan UMSGreat untuk rujukan dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor/Cik Ruzita Mohammad) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 613808/613825.
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SUBJEK :  JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN PROJEK PEMBANGUNAN HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (HUMS)

 
KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN PROJEK PEMBANGUNAN HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (HUMS)
 
Dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS) akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
 
Tarikh            :    2 Mac 2018 (Jumaat)
Masa              :    8.30 pagi
Tempat          :    Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Bahagian Perkhidmatan Akademik, Universiti Malaysia Sabah
 
3.     Sehubungan dengan itu pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir ke majlis ini. Satu (1) mata IDP akan diberikan kepada mereka yang hadir. Bersama ini dilampirkan atur cara majlis untuk rujukan pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Kehadiran dan kerjasama pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk melancarakan majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.