PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK: PERMOHONAN PROGRAM/PROJEK BAHARU ROLLING PLAN KEEMPAT ( 2019-2020 ) RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS ( RP4, RMKe-11)
 
Untuk makluman semua JFPIU,  permohonan program/projek baharu Rolling Plan Keempat ( 2019 - 2020 ) Rancangan Malaysia Kesebelas ( RP4, RMKe-11) akan dibuka untuk dikemukakan kepada Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi ( KPT ) pada bulan Mac ini.
 
Sehubungan itu,  semua JFPIU dikehendaki mengemukakan permohonan program/projek baharu RP4, RMKe-11 kepada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan ( JPP ) sebelum 22 Februari 2018 ( Khamis ) petang.  Bagi JFPIU yang pernah memohon di dalam Rolling Plan Ketiga ( RP 3 ) yang tidak diluluskan, perlu mengemukakan  semula permohonan jika masih diperlukan.
 
Permohonan program/projek yang terlibat hendaklah disediakan mengikut Garis Panduan RMKe-11 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri ( UPE, JPM). Seterusnya permohonan tersebut hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy (MS Excel seperti format di lampiran ).
 
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan Urus Setia Pembangunan JPP, En. Mohd Ridzuan Hj Ahmad Ibrahim di sambungan 8806/1234 ( H.P : 013-8562804).
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: KESUMBA (PUTERI KESUMBA)

SUBJEK: KELAS BAKERI: BRAZO DE MERCEDES

PEGAWAI DIHUBUNGI: CIK FELLY (0148712375) & PN CHERRY (0148561042)

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN PENDAFTAR

SUBJEK : MAKLUMAN PERALIHAN KEPADA SISTEM MAKLUMAT BERSEPADU UNIVERSITI (SMBU)-PENTADBIRAN BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 
Sukacita dimaklumkan kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS), selaras dengan transformasi ke arah Universiti Industri 4.0, maka UMS sedang membangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU) yang merangkumi semua komponen pengurusan pentadbiran UMS. SMBU-Pentadbiran adalah merupakan salah satu kluster di dalam SMBU dan akan menggantikan Sistem HR-Online sedia ada di UMS. SMBU-Pentadbiran (Rekod Peribadi) dijangka akan mula digunapakai mulai 01 Mac 2018 yang merangkumi maklumat-maklumat berikut:-
 
  1. Biodata
  2. Alamat
  3. Pendidikan
  4. Bahasa
  5. Badan Profesional
  6. Anugerah
  7. Paspot
  8. Lesen
  9. Akaun
  10. Kecacatan
  11. Permit Kerja
  12. Pengalaman Kerja
  13. Sejarah Perubatan
  14. Keluarga

 

Modul selain yang dinyatakan di atas masih kekal digunakan di Sistem HR-Online seperti permohonan cuti, LNPT, IDP, Klinik Panel, CVOnline, Penyambungan Kontrak dan pelekat kenderaan.
 
Bagi tujuan peralihan data sistem sedia ada  ke SMBU, pengemaskinian Rekod Peribadi akan disekat bermula pada 16 sehingga 28 Februari 2018.
 
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, bolehlah berhubung dengan kakitangan Unit ICT, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar:
 
Mohd Azwan Bin Alleh
Pegawai Teknologi Maklumat
No Tel: 088-320000 samb. 1720
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Mohamad Hamizi Bin Mahmood
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat
No Tel : 088-320000 samb. 1088
Emel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Babbra George
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat
No Tel : 088-320000 samb. 1044
Emel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian. Terima kasih