PENGUMUMAN DARIPADA : KELAB SURIRUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KESUMBA)
 
SUBJEK: JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM SEMBANG SANTAI BERSAMA HELIZA HELMI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1438H
 
PEGAWAI DIHUBUNGI : PUAN SITI KHADIZAH YAAKUB  (013-5560148) PUAN NORAZAH HAMZAH(019-870 1712) PUAN NURUL IZZA MD NORDIN (013-8500362)
 
Y.Bhg Prof/Dr/Tuan/Puan
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Untuk makluman pihak Y.Bhg. Prof/Dr/Tuan/Puan, pihak Kesumba akan menganjurkan program ‘Sembang Santai Bersama Heliza Helmi’ sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Malaysia Sabah 1438H pada 17 Februari 2017 (Jumaat) jam 10.00 pagi-11.30 pagi bertempat di Pentas Utama, Dataran Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah.
 
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon 5 orang kakitangan di bawah seliaan Y.Bhg. Prof/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri program tersebut di atas. Mohon jasa baik pihak Y.Bhg. Prof/Dr/Tuan/Puan untuk melengkapkan borang seperti dilampiran 1 sebelum atau pada 10 Februari 2016 (Jumaat).
 
Sokongan dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof/Dr/Tuan/Puan mengenai perkara yang tersebut diatas amat kami hargai
Sekian dan terima kasih
 
'MAJU SEHATI'

PENGUMUMAN DARIPADA: JAWATANKUASA PROMOSI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA
SUBJEK: KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH -AKTIVITI SISIH
PEGAWAI DIHUBUNGI: CIK EARLENE KASAMIRA V. BT EDHAM (013-852 9292) PUAN NURUL IZZA MD NORDIN (013-8500362)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU pada bulan Oktober 2017. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Matlamat ini adalah selaras dengan KRA4 : Memperkukuh Sistem Penyampaian dan seiring dengan lonjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 iaitu Ekosistem Inovasi.
 
Sehubungan itu, bagi menjayakan pensijilan tersebut, dimohon kerjasama semua Ketua Jabatan bagi setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit agar dapat melaksanakan aktiviti EKSA yang pertama sempena Tahun 2017 iaitu SISIH. Sisih barang yang tidak diperlukan ditempat kerja dan buangkannya secara sistematik.
 
Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
SUBJEK: MISI BANTUAN MANGSA BANJIR DI KOTA MARUDU / PITAS
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan PPIB telah menggerakkan usaha melalui Jawatankuasa Kebajikan, Rekreasi dan Libatsama Masyarakat PPIB UMS untuk melancarkan tabung bantuan mangsa banjir di Kota Marudu dan Pitas.
 
Antara jenis bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut ;-
  • Makanan dalam tin dan makanan segera (sardin, maggie, roti, biskut dll)
  • Minyak masak
  • Beras
  • Wang ringgit (urusetia boleh guna beli barang bantuan yang diperlukan)
 
Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang ingin memberikan bantuan bolehlah berhubung dengan penama-penama berikut ;
 
  • Pn. Veronica (011-26857017)
  • Pn. Eveny (014-9580273)
  • En. Nelson (019-5846520)
  • En. Erwin (014-3335392)
 
Bantuan derma ini akan dikumpulkan sehingga 3/2/2017 dan sumbangan yang kalian berikan sudah pastinya akan mendapat balasan baik dan keberkatan.  Keprihatinan tuan/puan berhubung perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian dan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK: PENUTUPAN PERPUSTAKAAN SEMPENA TAHUN BARU CINA
 
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-
 
28 - 30 Januari 2017 (Sabtu - Isnin) –   Tahun Baru Cina
 
Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:
 
 
atau ezproxy.ums.edu.my/login
 
“Pihak Perpustakaan mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina .”