Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Subjek
: Jemputan Untuk Menyertai “POLAR ICE CHALLENGE”
Pegawai Dihubungi
: Urus Setia Penyelidikan, samb; 1034/4146/1065
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dan pelajar pascasiswazah di bawah seliaan Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menyertai “Polar Ice Challenge” yang dianjurkan oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM). Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Januari 2017 (Rabu).
 
Sehubungan itu, disertakan bersama ialah poster dan borang permohonan untuk makluman dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Perpustakaan UMS
Subjek
: Sistem Turnitin Tergendala Buat Sementara Waktu
 
Sistem Turnitin kini mengalami gangguan perkhidmatan. Perpustakaan UMS akan memaklumkan kepada anda sebarang perkembangan mengenai isu berkenaan.

Pengumuman Daripada
: Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Subjek
: Bantuan Kesukarelawan Ke Daerah Pitas
 
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan mengadakan Bantuan Kesukarelawan ke Daerah Pitas pada 14 Januari 2017 (Sabtu).
 
Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan yang ingin memberikan sumbangan berbentuk makanan dan pakaian yang terpakai (yang bersesuaian).
 
Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan ke setiap Fakulti bagi mengutip sumbangan tersebut pada 13 Januari 2017 (Jumaat) bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung dengan Encik Sufian Osman di sambungan 4165