PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR
 
Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan:
 
PEKELILING PENDAFTAR:
  1. BIL. 6 TAHUN 2017: POLISI PENGURUSAN PERKHIDMATAN PERCETAKAN PEJABAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH;
  2. BIL. 7 TAHUN 2017: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MEL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PINDAAN 2017); DAN
  3. BIL. 8 TAHUN 2017: TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
  4. BIL. 9 TAHUN 2017: HARI PELEPASAN AM TAMBAHAN PADA 24 APRIL 2017 SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 6, 7, 8 dan 9 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman Daripada
: Perpustakaan UMS
Subjek
: Penyelenggaraan Server Sistem Virtua Perpustakaan
 
Salam Sejahtera tuan/puan

Dimaklumkan bahawa Sistem Virtua akan tergendala (server down) bagi membolehkan kerja-kerja migrasi dan penyelenggaraan server bermula pada :

6 APRIL 2017(Khamis) hingga 7 APRIL 2017(JUMAAT)

Segala kesulitan amatlah dikesali.

PENGUMUMAN DARIPADA:  SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR   
              
KEPADA  :  KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
SUBJEK :   IKLAN KEKOSONGAN BAGI JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Universiti ini dengan mengemukakan:
 
a) Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran pasport; dan
b) Perancangan strategik sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 Mei 2017 (Rabu) dan sila kemukakan permohonan kepada PENDAFTAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS 88400 KOTA KINABALU, SABAH. Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan.
 
Kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Lampiran:-

PENGUMUMAN DARIPADA :    JAWATANKUASA PROMOSI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PEGAWAI DIHUBUNGI :    CIK EARLENE KASAMIRA V. BT EDHAM (013-852 9292) PUAN NURUL IZZA MD NORDIN (013-8500362)
 
SUBJEK:    KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH -AKTIVITI SERAGAM
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU pada bulan Oktober 2017. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Matlamat ini adalah selaras dengan KRA4 : Memperkukuh Sistem Penyampaian dan seiring dengan lonjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 iaitu Ekosistem Inovasi.
 
Sehubungan itu, bagi menjayakan pensijilan tersebut, dimohon kerjasama semua Ketua Jabatan bagi setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit agar dapat melaksanakan aktiviti EKSA yang keempat iaitu SERAGAM. Pastikan tempat kerja sentiasa kemas, bersih dan tersusun dengan seragam sepanjang masa.
 
Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.