Syarat Kemasukan

Syarat kelayakan masuk ke Universiti Malaysia Sabah adalah tertakluk kepada peraturan Pengajian Prasiswazah UMS. Pelajar-pelajar yang dipilih ke Universiti ini adalah melalui cara-cara seperti berikut:
Saluran Utama
Calon-calon hendaklah:
a. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau                                                                     
    Lulus Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau
    Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau
    Lulus Diploma / Sijil dalam bidang berkaitan IPTA-IPTA lain dan
b. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)
Permohonan kemasukan ke UMS bagi pengambilan setiap tahun adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.
Pemohon boleh melayari Laman Web http://www.moe.gov.my untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarat am serta keperluan Khas Program dan seterusnya mengemukakan permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian selepas iklan mengenainya disiarkan dalam akhbar utama tempatan.

KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN STPM / SETARAF
Syarat Am Universiti 
Lulus sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam amta pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai
dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya :
o   Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am
dan
o   Gred C (NGMP 2.00) dalam mata dua (2) mata pelajaran lain
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian Universiti English Test (MUET).

KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN MATRIKULASI KPM / ASASI SAINS UM /  ASASI SAINS UiTM
Syarat Am Universiti 
Lulus sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam amta pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai
dan
Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian Universiti English Test (MUET).

KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN STAM / SETARAF
Syarat Am Universiti 
Lulus sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam amta pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2013 dan 2012
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian Universiti English Test (MUET).

KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Syarat Am Universiti 
Lulus sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam amta pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai
dan
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;
atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;
atau
Lulus Peperiksaan Matrikulasi Tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2011 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)
dan
Menyertakan dokumen berikut yang telah disahkan kepada pihak Universiti:-
o   Salinan Permohonan Aplikasi Dalam Talian;
o   Salinan Kad Pengenalan / MyKad calon;
o   Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa/Surat Akuan Sumpah (Jika hilang);
o   Salinan Sijil Berhenti Sekolah / Surat Akuan;
o   Akuan Majikan (Jika Berkaitan);
o   Salinan Sijil STPM / Setaraf; dan
o   Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir);
o   Salinan Diploma / Sijil (Jika ada)
o   Salinan sijil MUET;
o   Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian;
o   Salinan Keputusan Bahasa Melayu / Matematik Julai ( Jika ada) 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.