SELASA, 28 JUN - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah bersama-sama pegawai utama dan kanan universiti telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama kakitangan dan pelajar UMS di Masjid UMS semalam.
Pada majlis tersebut, Datuk Harun mewakili UMS menerima sumbangan zakat berjumlah RM15 ribu yang disampaikan oleh wakil Pusat Zakat Sabah.
Beliau kemudiannya mengagihkan sumbangan zakat kepada 14 kakitangan UMS yang terdiri daripada golongan kurang kemampuan, mualaf, dan ayah tunggal, serta 43 orang pelajar UMS.
Berkonsepkan makan duduk bersila, Datuk Harun bersama-sama warga UMS berbuka puasa setelah berkumandangnya azan Maghrib tepat jam 6.33 petang.
Beliau kemudiannya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama para jemaah yang hadir.
Selesai Solat Sunat Tarawih, Datuk Harun kemudiannya bersama-sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid mengagihkan jamuan moreh sumbangan McDonald 1Borneo, dan hamper sumbangan peribadi Datuk Hajah Jainab kepada para pelajar UMS.




JUMAAT, 24 JUN - Seramai 11 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Mercu Buana (UMB), Jakarta berjaya menamatkan Program Mobiliti selama satu semester di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
KHAMIS, 23 JUN - Keterlihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di peringkat antarabangsa terus diperkasa apabila tersenarai dalam kelompok 220 universiti terbaik Asia dalam QS Asian University Rankings 2016 baru-baru ini.
ISNIN, 20 JUN – Program Bazar Ramadan My Best Buy UMS yang bermula sejak 6 Jun lalu mampu menyumbang kepada usaha memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS).