KHAMIS, 02 JUN - Kelab 1Malaysia Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Program Rimbunan Kasih bertempat di Rumah Anak Yatim, dan Asnaf Kampung Langsat, Ranau baru-baru ini.
Program Rimbunan Kasih itu melibatkan seramai 20 pelajar UMS yang juga merupakan ahli Kelab 1Malaysia di bawah pimpinan Presiden kelab, Muhammad Firdaus Syarifuddin dan Isnira binti Naning selaku Pengarah Program Rimbunan Kasih 2016.
Program Rimbunan kasih ini diadakan bertujuan memberi sumbangan kepada pihak rumah kebajikan tersebut yang baharu sahaja beroperasi awal tahun ini sambil turut beramah mesra bersama penghuni-penghuninya.
Menurut Muhammad Firdaus, seramai 26 orang penghuni rumah itu yang berumur dalam lingkungan enam hingga 16 tahun mendapat manfaat daripada program tersebut dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak penganjur.
“Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti senaman pagi, “Gummy Bears” dan juga sukaneka yang sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim tersebut disamping mengeratkan lagi silaturrahim antara mahasiswa dan mahasiswi dengan masyarakat luar,” jelasnya.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada wakil di Rumah Anak Yatim, Asnaf Kampung Langsat, Mohd Hainin.
Sumber: Norhana Nordin, HEP



RABU, 1 JUN - Seramai lapan orang pensyarah dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melakukan lawatan kerja ke Kota Tarakan bermula dari 30 Mei lalu yang dijangka akan berakhir sehingga 2 Jun.
RABU, 1 JUN - UMS ASEAN Day yang julung kalinya dianjurkan di Perpustakaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mampu meningkatkan lagi kefahaman khususnya kepada pelajar universiti tentang budaya dan pengetahuan am mengenai sepuluh buah negara yang berada dalam rantau Asia Tenggara.
JUMAAT, 27 MEI - Seramai 100 warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) memulakan perjalanan ke destinasi di Kampung Puun Batu, Nabawan bagi menjayakan program Rentas Borneo 2016 (RB16) hari ini.
KHAMIS, 26 MEI - UMS Investment Holdings Sdn. Bhd (UiNVEST) telah menandatangani satu memorandum perjanjian bersama Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA (Kolej KLIA) bertempat di Galeri Majlis, Bangunan Canselori hari ini.