SELASA, 29 MAC – Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Kolej Kediaman (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Majlis Sekretariat KKTM menjayakan Program Jelajah Borneo Siri 1 anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bugaya, Semporna baru-baru ini.
Pengetua KKTM, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin berkata, program itu diadakan sebagai persediaan dan pendedahan para pelajar Pra-Universiti sekolah itu mengenai realiti kehidupan akademik di universiti sebelum melangkah ke menara gading.
“Pada program ini para peserta juga diberi penerangan mengenai keperluan memahami fakta-fakta diri sebelum memohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.
Ujar beliau, antara aktiviti yang diadakan ialah ‘Ceramah Menuju Puncak’ yang memberi pendedahan kepada peserta tentang hala tuju selepas menamatkan pembelajaran di sekolah menengah.
“Selain itu, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut diadakan bertujuan untuk meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri peserta serta mewujudkan kerjasama dalam satu kumpulan,” tambahnya.
Program bercorak kepimpinan itu diadakan selama lima hari di KKTM melibatkan 30 mahasiswa dan 34 pelajar Pra-Universiti SMK Bugaya bersama lapan guru pengiring.
Sumber: KKTM



SELASA, 29 MAC – Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) menganjurkan Program Transformasi Mahasiswa (PTM) Pemimpin Cemerlang Pelajar UMS di Kem Bina Negara, Kundasang, Sabah.
ISNIN, 28 MAC – Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) disaran agar menyumbang semula kepada pembangunan universiti dalam pelbagai aspek demi manfaat bersama.
ISNIN, 28 MAC – Program Charity Book Run and Ride 2016 yang dianjurkan di sekitar UMS pada Sabtu mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih 150 penyertaan.
KHAMIS, 24 MAC – Tiga pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) akan mewakili UMS dalam Pertandingan Tesis 3 Minit (3MT) peringkat kebangsaan setelah memenangi pertandingan itu di peringkat UMS, kelmarin.