JUMAAT, 4 MEI - Ceramah Kerjaya Kejuruteraan Awam 2018 yang dianjurkan pelajar tahun tiga kursus Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mampu menyokong usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam industri apabila menamatkan pengajian kelak.
Ketua program ceramah tersebut, Nur Farah Adlin Misri berkata, program yang berlangsung di Auditorium Perpustakaan UMS itu adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan alam pekerjaan serta petua untuk mencari kerja kepada para pelajar khususnya yang mengambil bidang Kejuruteraan Awam.
“Antara penceramah yang dijemput adalah Andrew Lim Chung Han, seorang pensyarah berpengalaman 10 tahun dalam bidang Lukisan Kejuruteraan serta Pengurus Besar Kumpulan Liziz Sdn. Bhd., Ir. Dr. Chidambaram Ramanathan.
“Melalui ceramah informatif yang disampaikan, pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman yang mendalam mengenai profesion jurutera, malah program ini juga mampu membina semangat para pelajar dalam mengenal pasti potensi diri dan juga memilih kerjaya yang sesuai dengan bidang yang diceburi,” katanya.
Tambahnya lagi, antara pengalaman yang dikongsi dalam ceramah tersebut adalah teknik berhadapan dengan masalah di tempat kerja dan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah tersebut serta etika yang perlu diambil perhatian demi membentuk seorang jurutera yang berintegriti tinggi.
Sementara itu, Dr. Chidambaram berkata aktiviti seperti ini amat bermanfaat kepada siswa-siswi kerana inti pati program berkenaan mampu membuka minda para mahasiswa sebagai persediaan memasuki ke alam pekerjaan.
“Program seperti ini perlu diteruskan dengan melibatkan lebih ramai mahasiswa agar mereka mendapat pendedahan yang berguna sebagai persediaan menceburi bidang dan industri berkaitan kejuruteraan,” ujar beliau.
Lebih 150 pelajar program Kejuruteraan Awam hadir pada program tersebut.



KHAMIS, 3 MEI – Sambutan Pesta Tiong Hua Peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kali Ke-7 yang berlangsung di Dewan Hakka, Kota Kinabalu baru-baru ini meriah dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada warga pelajar dan kakitangan UMS serta masyarakat luar.
KHAMIS, 3 MEI - Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengadakan Kolokium Pendidikan STEM Zon Sabah 2018 di Dewan Kuliah Pusat ke-2, UMS baru-baru ini.
JUMAAT, 27 APRIL – Seramai 167 peserta menyertai Kursus Pra Perkahwinan anjuran Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Excellent (KKE), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
JUMAAT, 27 APRIL: Pelbagai aktiviti diadakan sempena Minggu Penghayatan Islam (MPI) anjuran Kelab Rakan Masjid (KRM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung di Dewan Resital baru-baru ini.