SELASA, 10 MEI – Program Minggu Bertemu Pelanggan (MBP) merupakan acara tahunan anjuran bersama Jabatan Bendahari (BEN), Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang sedang berlangsung di lobi perpustakaan.
Menurut kenyataan daripada pihak penganjur, tujuan program ini adalah untuk menyediakan platform bagi jabatan terlibat untuk berhubung secara langsung dengan pelanggan utama iaitu pelajar, kakitangan dan pembekal bagi memastikan keperluan pelanggan dikenalpasti dan difahami.
Kenyataan itu turut berkata, antara objektif penganjuran MBP ialah ia merupakan satu pendekatan yang holistik dalam menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra, telus dan cekap.
Upacara pembukaan rasmi program ini dijadualkan pada 12 Mei 2016 (Khamis) di 1 Megalab, Perpustakaan UMS yang akan disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.
Banyak aktiviti menarik telah dirancangkan antaranya, pendedahan rahsia kejayaan, keselamatan ICT, pengurusan wang, komunikasi sosial, maklumat teknologi dan banyak lagi.
Terdapat juga banyak aktiviti permainan yang menarik dan hadiah untuk dimenangi.
Semua dijemput hadir. – FL
Photo: Terence Timothy Sibini (BEN)



SELASA, 10 MEI - Program “Fun Run & Ride” anjuran Exco Sukan, Rekreasi dan Keceriaan Kolej Kediaman Tun Mustapha, Universiti Malaysia Sabah (UMS) julung-julung kalinya diadakan sempena sambutan karnival KKTM.
ISNIN, 9 MEI - Persatuan Mahasiswa Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (PMPEP) mengadakan lawatan sambil belajar di Hong Kong baru-baru ini.
ISNIN, 9 MEI - Exco Akademik dan Kepimpinan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini menganjurkan pertandingan Pidato Piala Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha 2016.
JUMAAT, 6 MEI - Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi telah mengadakan Program Komuniti Pendidikan Sains dan Teknologi melibatkan 48 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu dan SMK Langkon baru-baru ini.