MoU UMS-UNTLSELASA, 01 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman bersama National University of Timor-Leste (UNTL) pada Isnin.

Pemeteraian memorandum tersebut telah disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya dari Republik Demokratik Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusmao di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Pada majlis itu, UMS diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah; manakala UNTL pula diwakili Rektor, Dr Aurelio Guterres.

Melalui perjanjian berkenaan, pihak UMS dan NUTL akan berkerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan serta terlibat dalam perkongsian kepakaran. MoU itu juga akan melibatkan mobiliti pelajar dan kakitangan.

Dalam pada itu, UMS juga bakal menjadi kunci hubungan baik antara Malaysia dan republik itu dengan beberapa lagi jalinan kerjasama yang ditandatangani esok.

Turut diadakan Majlis Konvokesyen Komemoratif bagi memberi anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Hubungan Antarabangsa kepada Kay Rala di Dewan Canselor UMS.

Kay Rala juga akan merasmikan Pusat Perhubungan UMS-Timor Leste di Galeri Akademik dan Penyelidikan Bangunan Canselori. –SS

 
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

Gambar: Ernest Berinus
 
 

prof sahlanSELASA, 01 APRIL - Warga UMS dipelawa untuk menyumbang derma ikhlas kepada waris pensyarah Sekolah Pengajian Seni, Allahyarham Prof. Dr. Mohd. Sahlan Mohd Saman.

Sumbangan derma tersebut boleh disalurkan kepada Bahagian Media dan Citra, Aras 1 dan 5 Jabatan Canselori, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Allahyarham ditemui dalam keadaan kaku oleh rakan sekerja  di pangsapuri kediamannya  dekat Menggatal semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Peter Umbuas; pemergiannya telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dilahirkan pada 03 November 1949 di Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor; Allahyarham turut dikenali sebagai penulis esei dan pengkritik dunia kesusasteraan Malaysia. Allahyarham juga menguasai ilmu sastera bandingan, iaitu satu-satunya bidang pengajian yang sedang giat diajar dan dipelajari di pusat-pusat pengajian tinggi negara. –SS

Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori
 
 
 

taja utusan
SELASA, 01 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil inisiatif menaja  5,000 naskah akhbar Utusan Malaysia untuk diagihkan kepada siswa siswi sempena Majlis Konvokesyen Komemoratif yang akan berlangsung di Dewan Canselor UMS esok.

Menurut Ketua Jabatan Canselori UMS, No’man Hj. Ahmad; ia sebagai salah satu usaha universiti untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan generasi muda khususnya pelajar UMS.

“Budaya membaca kini agak kurang mendapat tempat dalam kalangan muda-mudi. Justeru, pihak universiti sebagai pusat gedung ilmu mempelbagaikan usaha bagi menyemai amalan murni ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan replika cek tajaan kepada wakil Utusan Malaysia, Celestina Buandi. –SS
 

Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

 

 

  

konvensyen fiqh borneo1MONDAY, 31 MARCHAbout 400 people attended the Borneo Fiqh Convention which took place yesterday at the Main Lecture Hall 1, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

The convention was officiated by the Assistant Director of Research and Faith, Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) Sabah Branch, Ustaz Muhamad Fadhli Ahmat.

In his speech, he said the programme which was initiated by Friends of Faith UMS was timely in strengthening the Muslim faith among Muslims in UMS and its surrounding areas.

“This first of its kind programme held in Sabah should be continued, not to mention the price of the tickets that are very cheap which is as low as RM10.00 only. I applaud this bold step and hope that participation would also be opened to friends in Sarawak and Brunei Darussalam in future.” He said.

In the meantime, the programme Director, Mohamed Nasyaruddin Abd. Latip said that the response from participants was encouraging and welcomed the suggestion of having the convention continuously organised.

He did not anticipate the unexpected turnout by UMS students and the community around Kota Kinabalu.

The convention was divided into six slots which also had a question and answer session. – SS (fl)

 
Media and Citra
Chancellery Department

kursus jenazah
MONDAY, 31 MARCH In accordance with its function to educate campus community on the Islamic way of life, in addition to being the centre for religious references, the Mosque and Islamic Affairs Unit (UHEIM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) will be organising a course on Funeral Management (Critical) 2014.

The one-day course will be held on the 8 April 2014 (Tuesday) at UMS Mosque starting from 8.00 am to 5.00 pm.

UHEIM in a statement today said the entry to the course is open to students and staff of UMS and its surrounding community.

The course is free of charge.

For further enquiries, please contact Ustaz Nazrie Petir at 088-320000 extension 2747 whilst the application form can be obtained through www.ums.edu.my/masjid/. – ZMD (fl)

 
Media and Citra Division
Chancellery Department