Kira-kira lima juta liter sehari (MLD) bekalan air dijangka dapat disalurkan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi sistem agihan air di universiti itu dalam masa terdekat.
Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata, dari jumlah bekalan air yang disalurkan, empat MLD merupakan bekalan yang disalurkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan satu MLD lagi menerusi lapan telaga tiub yang sedang disiapkan.
“Alhamdulilah daripada analisis yang telah kita buat, lapan telaga tiub telah berjaya digerudi dan boleh menjana sekurang-kurangnya satu MLD dan ia dapat menampung kekurangan yang ada selain JANS turut membekalkan air sebanyak empat MLD.
“Jadi dengan adanya telaga tiub itu, jumlah itu boleh menampung keperluan kira-kira 22,000 warga UMS yang berada di kawasan kampus pada siang hari, termasuk pelajar yang tinggal di kolej kediaman,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sungkai Perdana UMS di Pusat Islam UMS, di sini malam tadi.
Hadir sama, isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Beliau menambah, semua enam telaga tiub yang dibina menerusi peruntukan berjumlah RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu kini sudah siap digerudi.
Katanya, ketika ini kontraktor sedang menyiapkan sistem takungan dan kerja perpaipan ke kolej kediaman pelajar dengan tiga daripadanya dijangka siap sepenuhnya seperti yang dijadualkan pada 26 Mac ini.
“Manakala tiga lagi bersama dua telaga yang dibiayai menerusi peruntukan RM2 juta dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hanya dijangka siap pada April depan.
“Pada masa ini, semua penggerudian sudah dibuat, kandungan air juga sudah diuji dan keputusannya kita sudah tahu, jadi sekarang kontraktor sedang melaksanakan urusan membina takungan air dan kerja berkaitan, selain paip pengagihan ke kolej kediaman,” ujar beliau.




Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah memeterai satu perjanjian perkongsian harta intelek bagi inovasi Alat Pengering Solar Bersepadu atau INSOLER, satu inovasi alat pengeringan hasil pertanian dan perikanan yang telah memanfaatkan penduduk di Sabah dan Kelantan.
In a vibrant exchange of cultures and knowledge, students from Hosei University of Japan embarked on a whirlwind tour of Universiti Malaysia Sabah (UMS) on 2nd March 2024.
Bagi meraikan semangat cintakan alma mater serta mewujudkan networking yang baik sesama alumni, Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan majlis Santai Hi-Tea baru-baru ini.